Pengikut Boyzzonne

Friday, July 27, 2012

Amah Filipina Hantar sms minta maaf Selepas cabut lari


Saya mohon maaf dan berterima kasih kepada puan sekeluarga,” itu kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS) seorang pembantu rumah kepada majikannya sebaik menghilangkan diri di sebuah pusat beli-belah di Damansara, Ahad lalu.
Pembantu rumah warga Filipina berkenaan dikatakan menghilangkan diri kira-kira jam 5 petang ketika majikannya sibuk mencari barangan di pusat beli-belah berkenaan.

Majikan mangsa, Ong Beng Tuck, 33, berkata, sebaik menerima kiriman SMS itu, dia mengesyaki pembantu rumahnya itu sengaja berbuat
demikian dan berniat melarikan diri.
“Kami cuba mencari wanita itu di dalam pusat beli-belah berkenaan selain kawasan sekitar kerana menyangkakan dia mungkin sesat dan hilang arah kerana keadaan ketika itu sesak.

Bagaimanapun, katanya, selepas gagal menemui wanita itu, mereka membuat keputusan untuk pulang ke rumah sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Kajang.

Katanya, sebelum menghilangkan diri, wanita itu meminta kebenaran untuk pergi ke tandas dan tidak menunjukkan sebarang tanda mencurigakan.

Dia yang bertugas sebagai doktor gigi di Kajang berkata, mereka mengambil wanita berusia 33 tahun itu bekerja sejak April lalu dengan bayaran RM9,200.

“Wanita itu mula bekerja dengan kami mulai 14 April lalu dan jumlah bayaran itu termasuk yuran agensi pembantu rumah itu bersama enam bulan gaji,” katanya.

Katanya, selain terpaksa menanggung kerugian akibat kehilangan wanita itu, dia juga bimbang timbul pelbagai masalah ekoran pasport wanita itu masih berada dalam simpanannya.

“Saya bimbang jika berlaku apa-apa perkara terhadap wanita itu, kami sekeluarga akan dipertanggungjawabkan kerana masih memegang dokumen miliknya,” katanya.

Menurutnya, dia sendiri tidak tahu punca wanita berkenaan melarikan diri kerana sepanjang bekerja tiada sebarang masalah timbul.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive