Pengikut Boyzzonne

Saturday, July 28, 2012

Geng Boboy Rawang Kantoi - Tumpas ditangan pois


 Penjenayah bergelar Geng Boboy Rawang yang baru enam bulan berjinak-jinak untuk menjadi penyamun kereta handalan terbantut apabila ketua kumpulan itu dan 15 ahlinya diberkas dalam beberapa siri tangkapan baru-baru ini.
Kesemua 16 anggota kumpulan itu ditahan dalam Ops Lejang selama
10 hari bermula 10 Julai lalu. Bersama suspek-suspek yang ditahan, polis menemui 12 buah kereta pelbagai jenis, tiga enjin kenderaan dan beberapa komponen motosikal curi yang kesemuanya bernilai lebih RM300,000.
Gelaran Geng Boboy Rawang sempena nama panggilan ketuanya seorang remaja berusia 17 tahun yang sudah tidak bersekolah. Kumpulan itu menyamun kenderaan di sekitar Lembah Klang sebelum melakukan kerja-kerja mengubah suai pada nombor casis dan enjin setiap kenderaan curi di sebuah rumah kedai di kawasan Rawang dekat sini.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, kegiatan kumpulan itu terbongkar selepas kumpulan tersebut mencuri sebuah kereta Proton Satria GTi seorang pelajar sebuah universiti yang diletakkan di kawasan flat di Seksyen 16 di sini pada 10 Julai lalu.
Menurut beliau, polis yang menjalankan siasatan terhadap kehilangan kereta pelajar itu berjaya mengesan kenderaan tersebut di kawasan Taman Kota Cheras, Batu 9, Cheras.
“Bersama kereta Satria GTi polis menahan dua suspek termasuk Boboy Rawang ketika mereka berada di dalam kereta tersebut.
“Pemeriksaan dalam kereta tersebut menemui pelbagai peralatan untuk mencuri kenderaan seperti batang besi yang diubah suai, tukul besi, pemutar skru dan kunci pendua pelbagai jenis.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive