Pengikut Boyzzonne

Sunday, July 22, 2012

Geng curi barang kemas warga Costa Rica tumpas


TUN HISAN menunjukkan imej kamera litar tertutup seorang suspek wanita mencuri barangan kemas bernilai RM2 juta di KLIA pada sidang akhbar di Shah Alam 

Polis berjaya menahan tujuh warga asing termasuk dua beranak yang didakwa mencuri barangan kemas bernilai RM2 juta di kaunter teksi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, dekat sini pada 18 Julai lalu.
Mereka terdiri daripada tiga warga Costa Rica termasuk
seorang wanita, dua lelaki anak-beranak dari Colombia, seorang wanita Mexico dan seorang wanita Uganda yang ditahan dalam satu serbuan di sebuah kondominium di Jalan Semantan, Kuala Lumpur pada pukul 2.22 petang kelmarin.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, pihaknya turut menemui semula beg berisi 309 barang kemas dan perhiasan bertatah berlian serta rambut palsu di dalam rumah yang disewa oleh sindiket berkenaan.
Menurutnya, ujian air kencing juga menunjukkan tiga daripada empat lelaki yang ditahan positif ganja.
“Polis KLIA menerima aduan daripada seorang pengurus syarikat berumur 53 tahun yang baru tiba dari Hong Kong pada 18 Julai lalu mengatakan beg yang dibawa berisi barang kemas untuk pameran barang kemas di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) dicuri semasa dia berurusan di kaunter tersebut.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive