Pengikut Boyzzonne

Friday, July 27, 2012

Ibrahim Ali: Arshad Ayub dianugerahkan 'Bapa Modal Insan Pribumi Negara'



Tokoh pendidikan Tan Sri Arshad Ayub dianugerah 'Bintang Pribumi Perkasa Negara' dan akan dinobat sebagai 'Bapa Modal Insan Pribumi Negara' Ahad ini.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali berkata anugerah itu diberi kepada Arshad kerana
sumbangan, peranan dan perjuangannya membangunkan pendidikan profesional di kalangan anak Melayu dan menjadikan mereka bumiputra yang mampu memajukan potensi diri. 

"Beliaulah yang menjadi arkitek penubuhan Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang menjadi gedung modal insan pribumi yang teragung di Malaysia," katanya dalam SMS kepada Bernama, hari ini.

Ibrahim berkata penyampaian anugerah itu akan diadakan sempena majlis berbuka puasa Perkasa di Dewan Kelab Sultan Suleiman, Kampung Baru di sini. 


Arshad, 84, yang juga Pro-Canselor UiTM masih aktif sebagai seorang pentadbir, khususnya dalam dunia korporat dan pendidikan, dan antara pelopor dalam pembangunan UiTM serta menjadi pengarah pertamanya pada tahun 1967 hingga 1975.

Dua tokoh terbilang penerima anugerah tertinggi daripada Perkasa sebelum ini ialah bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dari sudut kepimpinan negara dan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor (keselamatan negara). - Bernama

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive