Pengikut Boyzzonne

Thursday, July 26, 2012

Ketua kumpulan curi kereta ”Hassan Budu” diburu


Polis kini memburu seorang lelaki yang disyaki ketua kumpulan curi kereta yang aktif di empat negeri — Terengganu, Kelantan, Pahang dan Pulau Pinang — sejak empat bulan lepas.
Ketua kumpulan yang diburu itu ialah
Samsul Bahri Awang Noh, 39, atau lebih dikenali dengan panggilan ”Hassan Budu” dan baru dibebaskan dari Pusat Pemulihan Akhlak, Kelantan April lepas.
"Lelaki yang berasal dari Jertih, Terengganu dan mempunyai 15 rekod jenayah membabitkan curi kenderaan itu dipercayai kembali aktif selepas dibebaskan.
“Polis juga sedang mengenal pasti anggota kumpulan yang lain,” kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, ACP K. Manoharan.
Bercakap pada sidang akhbar di sini hari ini, beliau berkata, polis mengenal pasti ketua dan anggota kumpulan itu berikutan tangkapan seorang pemandu lori kelapa sawit yang disyaki anggota kumpulan itu pada 23 Julai lepas. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive