Pengikut Boyzzonne

Friday, July 27, 2012

Kumpul kalendar kuda dari 1962

Setiap orang pasti mempunyai hobi tersendiri, begitu juga dengan seorang warga emas di Kampung Baru, di sini yang gemar mengumpul kalendar kuda.

Warga emas, Hashim Lebai Mohamad, 78, berkata, dia mula meminati hobi itu ketika dia berusia 50 tahun iaitu bermula dari 1962 sehingga kini.

Menurutnya, dia tidak pernah tertinggal walau satu tahun pun kalendar yang turut dicatat
pelbagai peristiwa yang berlaku kepada dirinya dan kampung tersebut.

“Setiap apa yang berlaku seperti kematian, kelahiran, orang kahwin dan peristiwa penting lain, semuanya saya catat di kalendar ini menggunakan tulisan Jawi.

“Kalendar ini juga saya jadikan sebagai rujukan dan tidak mudah hilang seperti buku,” katanya.

Hashim berkata, kalendar kuda itu turut menjadi rujukan penduduk kampung yang kehilangan sijil kematian atau surat beranak ahli keluarga mereka.

Menurutnya, peristiwa penting yang berlaku di kampung yang dahulunya dikenali sebagai Kampung Baroh, Tok Tru turut dicatatkan pada kalendar koleksinya itu.

Menurutnya, dia masih berminat mengumpul kalendar itu kerana ia turut memaparkan tarikh Masihi dan Hijrah pada helaian sama.

“Kalendar ini juga mempunyai tarikh perlumbaan kuda di Ipoh, Kuala Lumpur, Singapura dan Pulau Pinang.

“Lebih membuatkan saya sayang pada kalendar ini apabila ia turut tercatat tarikh saya menunaikan haji bersama rakan pada September 1983,” katanya.

Hashim yang pernah ditawarkan penduduk kampung untuk membeli koleksinya enggan menjual kerana baginya nilai wang ringgit tidak sama dengan koleksi yang menyimpan pelbagai sejarah.

Menurutnya, kini anaknya Mohd Zuhur, 36, turut meminati hobi yang sama dengan mengumpul koleksi kalendar kuda.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive