Pengikut Boyzzonne

Monday, July 23, 2012

Mangsa ketiga dan terakhir Helikopter terhempas putus tangan kiri


Mayat mangsa terakhir penumpang helikopter jenis Eurocopter EC 120 yang terhempas di muara Batang Lupar berhampiran Sungai Tereso dekat Sebuyau di sini ditemui semalam.
Mangsa Henry Loh, 42, ditemui pada pukul 8 pagi terapung di tengah laut berhampiran
Pulau Tereso iaitu tidak jauh dari lokasi helikopter tersebut terhempas pada Jumaat lalu.
"Semasa ditemui mangsa dalam keadaan masih lengkap berpakaian tetapi tangan kirinya hilang dipercayai dimakan ikan buntal.
"Mayat mangsa kemudian dibawa ke jeti dan tiba pada pukul 8.28 pagi sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Berikutan penemuan mangsa terakhir, operasi mencari dihentikan pada pukul 8.40 pagi.
Bagaimanapun, bangkai helikopter tersebut belum ditemui.
Adik ipar mangsa, Law Kim Sheng, 40-an, dilihat tidak dapat mengawal perasaan dengan kematian mangsa sehingga dia terpaksa ditenteramkan oleh saudaranya K.C. Law, 48.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive