Pengikut Boyzzonne

Tuesday, July 24, 2012

Miranda Kerr Tetap jelita dengan pakaian biasa



DIA lebih terkenal menjadi model pakaian dalam yang seksi sebagai bidadari Victoria Secret.
Tetapi Miranda Kerr membuktikan dia tetap kelihatan cantik dengan pakaian biasa seharian. 
Model itu kelihatan jelita ketika dia bergaya untuk
koleksi terbaru label itu untuk musim Luruh/Dingin dalam satu penggambaran di New York.

Wanita jelita dari Australia itu menggayakan beberapa pakaian bergaya iaitu dari jenis kain dikait, kasut but dan seluar jean ketat.

Miranda, 29, ditemani oleh seekor anjing jenis terrier untuk penggambaran itu.

Dalam beberapa siri gambar, Miranda sesekali memegang anjing itu, memegang tali cawaknya atau menggendong anjing itu.

Walaupun pakaiannya kelihatan selesa, ada beberapa pakaian yang sedikit seksi.

Satu pakaian ‘jumper’ mempunyai potongan yang mendedahkan di bahagian belakang, membuatkan dia kelihatan agak seksi.

Dia turut mengenakan beberapa ‘jumper’ lain dengan skaf yang dipadankan dengan but paras pergelangan kaki dan dia turut menggayakan blaus merah muda yang dipadankan dengan weskot warna perak berlabuci.

Miranda kelihatan gembira bila dia akhirnya mengenakan pakaiannya sendiri dan pulang ke rumah selepas selesai penggambaran.

Bintang itu dilihat memakai jumpsut warna hitam dengan tali pinggang coklat serta sepasang kasut tinggi warna coklat.

Ia merupakan minggu yang sibuk untuk ibu kepada seorang anak ini di mana dia juga terpaksa menjalani penggambaran untuk kempen pakaian dalam jenama itu.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive