Pengikut Boyzzonne

Tuesday, July 24, 2012

Mohd Izanuddin Hisham Muhamad, ‘Macam artis pula’


KEMBALI NORMAL...Muhamad Hafiz (kanan) meneliti jahitan di kepala Hisham.


PASIR MAS: “Ramadan tahun ini sungguh bermakna buat saya selepas tiga tahun terpaksa ‘berkurung’ dalam rumah kerana malu sebab kepala saya lain daripada yang lain,” kata Mohd Izanuddin Hisham Muhamad, 24, atau lebih dikenali sebagai Hisham yang gembira selepas dibenarkan pulang ke rumah.

Ayat pertama terkeluar daripada mulut Hisham sebaik dibenarkan keluar dari
Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, tepat jam 3 petang kelmarin ialah ingin berjumpa hamba Allah dari Pulau Pinang yang menderma dengan seikhlas hati sehingga dia beroleh tempurung kepala baru.


Katanya, jika ditakdirkan menemuinya, dia akan memeluknya sekuat hati sebagai tanda terima kasih kerana sanggup membantunya menjadi lelaki normal semula.

Sebelum ini, sebaik dibenarkan keluar dari hospital, Hisham diibaratkan artis apabila tiba-tiba menjadi tersohor serta tumpuan ramai.

Difahamkan, ramai pelawat termasuk jururawat serta kakitangan wad berkenaan bergambar kenang-kenangan dengannya menyebabkan pemuda ‘istimewa’ itu terkedu malu sebaik berita mengenai dirinya dilaporkan Harian Metro.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive