Pengikut Boyzzonne

Thursday, July 26, 2012

Naik angin ATM tutup - Lelaki Mengamuk Bakar Mesin ATM


JOHOR BAHRU: Seorang lelaki membakar ruang menempatkan mesin juruwang automatik (ATM) di sebuah bank dipercayai kerana marah selepas gagal melakukan transaksi menerusi mesin berkenaan.
Apa yang menghairankan, suspek berusia 24 tahun itu cuba melakukan transaksi selepas mesin ATM dihentikan perkhidmatan kerana waktu sudah
melepasi jam 12 tengah malam.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, kejadian itu berlaku di sebuah bank di Batu Pahat, Jumaat lalu.
“Berdasarkan maklumat awal, suspek dikatakan berkelakuan pelik apabila kerap berkunjung ke bank itu bagi melakukan transaksi ke akaun misteri walaupun dalam jumlah kecil. “Ketika membakar ruang ATM itu, suspek menutup mukanya menggunakan topi keledar, malah dia juga dikatakan memakai sarung tangan getah bagi mengelak identitinya dikesan polis,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini, semalam.

Bagaimanapun, Mohd Mokhtar berkata, taktik suspek tidak berjaya apabila identitinya dikenal pasti berdasarkan susuk tubuh serta jenis topi keledar digunakan yang diperoleh daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bank berkenaan.

Menurutnya, suspek dari Taman Setia Jaya, Batu Pahat, ditahan tidak lama selepas kejadian sejurus pihaknya menerima laporan daripada pengurusan bank itu.
“Pemeriksaan di dalam kereta Proton Saga BLM dinaiki suspek menemui tiga botol dipercayai mengandungi minyak petrol dan empat pemetik api disyaki digunakan dalam kejadian itu.

“Motif sebenar kejadian masih disiasat dan suspek direman hingga 30 Julai ini bagi membantu siasatan,” katanya yang tidak menolak kemungkinan suspek menghadapi masalah mental.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive