Pengikut Boyzzonne

Saturday, July 28, 2012

Pasangan Muda Shafiq dan Yana dapat kebenaran bernikah


Pasangan suami isteri bawah umur, Syafiq, 16 dan Yana, 14, sudah mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa agama sebelum dinikahkan, baru-baru ini.
Sumber Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) berkata, peruntukan undang-undang syariah negeri itu menetapkan, individu yang mahu berkahwin perlu berusia sekurang-kurangnya
18 tahun bagi lelaki dan 16 tahun bagi perempuan.

Menurutnya, berdasarkan siasatan dilakukan, pasangan itu sudah memohon di Mahkamah Rendah Syariah Pekan bagi membolehkan mereka berkahwin dan permohonan mereka dibenarkan.
“Oleh itu, tidak timbul sama ada pasangan terbabit melakukan kesalahan atau tidak kerana peraturan asas yang ditetapkan sudah dipatuhi,” katanya.

Sementara itu, Kadi Daerah Kuantan, Ahmad Nizam Abdul Manan berkata, mustahil pasangan pengantin bawah umur itu boleh meneruskan pernikahan jika tidak mendapat kebenaran kerana Jaip melakukan pemeriksaan status dan umur pengantin sebelum meluluskan permohonan mereka untuk bernikah.

Beliau berkata, peruntukan mengenai pasangan bawah umur yang ingin berkahwin sudah termaktub mengikut Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2005 Pahang dan Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) berhak menolak mana-mana permohonan untuk bernikah jika syarat utama itu tidak dipatuhi.

“Bagi individu bawah umur yang mahu berkahwin mereka perlu mendapatkan kebenaran mahkamah sebelum meneruskan permohonan untuk bernikah.



No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive