Pengikut Boyzzonne

Thursday, July 26, 2012

Pejalan kaki maut dilanggar lori

Mangsa yang meninggal dunia dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Maran kemudiannya dibawa ke Hospital Jengka untuk bedah siasat.

Seorang pejalan kaki maut selepas dilanggar sebuah lori dalam satu kes langgar lari di Kilometer 63 Jalan Kuantan- Kuala Lumpur dekat Maran, malam kelmarin.

Dalam nahas kira-kira jam 9.10 malam itu, mangsa, Mohd Nawi Jafar, 58, dari Batu 9, Ibok, Kemaman  ditemui terbaring berlumuran darah dengan kesan
kecederaan di bahagian kepala dan badan sebelum dihantar ke Klinik Kesihatan Maran.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri, Superintendan Mohmmed fauzi  Abdul Rahim berkata, mangsa bagaimana pun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.

Menurutnya, pihaknya menerima maklumat daripada Klinik Kesihatan Maran  kira-kira jam 9.45 malam memaklumkan seorang mangsa kemalangan meninggal dunia di klinik tersebut.

“Hasil siasatan di lokasi kejadian mendapati terdapat kesan seretan tayar dipercayai  milik lori yang melanggar mangsa tersebut.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive