Pengikut Boyzzonne

Thursday, July 26, 2012

Pelajar maut nahas empat kenderaan

Seorang pelajar tingkatan tiga maut selepas terbabit dalam kemalangan melibatkan empat buah kenderaan di Km53, Jalan Temerloh-Kampung Awah, dekat Temerloh. 

Dalam kejadian 6.15 petang semalam itu, Mohd Syazwan Amin Sobri, 15, mati di tempa
t kejadian akibat cedera parah di kepala. 

Menurut Pegawai Turus Trafik Pahang DSP Mohd Rizal Abdullah, ketika kejadian mangsa menunggang motosikal dari arah Temerloh menuju ke Kampung Awah. 

"Mangsa dikatakan cuba memotong sebuah kereta jenis Toyota Avanza tetapi terlanggar bahagian kanan belakang kereta terbabit. 

"Mangsa jatuh lalu tercampak ke laluan bertentangan, sebuah pacuan empat roda dan Pperodua Alza dari arah bertentangan, melangggar mangsa," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mangsa yang tidak memakai topi keledar dan tidak memiliki lesen memandu itu, cedera parah di kepala dan badan. 

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive