Pengikut Boyzzonne

Sunday, July 22, 2012

PM pertimbang permintaan bonus raya Penjawat awam


DARI kanan: Nor Ashman, Najib dan Rosmah melayan anak-anak yatim Rumah Penyayang Tun Abdul Razak yang dijemput bersahur bersama Perdana Menteri di kediamannya di Pekan

Pemberian imbuhan sempena Aidilfitri kepada penjawat awam bergantung kepada kemampuan kerajaan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Dengan wajah yang ceria, Najib berkata, beliau akan melihat 'buku kira-kira' kerajaan terlebih dahulu berhubung perkara itu.
"Nantilah kita semak-semak dahulu, belek-belek dahulu, kena tengok-tengok buku kira-kira dahulu... kalau apa-apa pun kita semak dahulu, apa-apa keputusan mesti berdasarkan kepada
kemampuan kerajaan," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tuntutan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mengenai pemberian imbuhan itu baru-baru ini.
Pada 16 Julai lalu, Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman berkata, pihaknya sedang mencari pendekatan terbaik bagi memastikan 1.4 juta penjawat awam mendapat imbuhan itu dan tidak menyebabkan pihak tertentu mengambil kesempatan seperti menaikkan harga barangan.
Najib ditemui selepas majlis penyampaian sumbangan cek Durian Runtuh Felda Fasa 2 dan pakaian kepada pegawai-pegawai masjid serta sumbangan apron kepada peniaga dan bantuan cermin mata kepada penduduk Pekan di Dewan UMNO Pekan di sini.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive