Pengikut Boyzzonne

Wednesday, August 22, 2012

4 Lubang kebas emas | Rm350,000 Ghaib

POTONG...keadaan peti besi ditebuk kumpulan penjenayah
 MELAKA: Sekumpulan penjenayah bertindak licik apabila menebuk dinding papan lapis di tiga kedai sebelum menceroboh sebuah kedai emas untuk melarikan barang kemas dianggarkan bernilai RM350,000 di Plaza Melaka Sentral, di sini, semalam.
Dalam kejadian antara jam 12 tengah malam hingga 4 pagi itu, suspek yang dipercayai lebih daripada
dua orang menebuk dinding papan lapis sebuah butik pengantin, pusat kecantikan dan kedai kosong.
SOAL...pegawai polis menyiasat pemilik kedai emas.
 Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan R Gunarajan berkata, suspek dipercayai menggunakan gerudi dan alat pemotong besi untuk menebuk dinding empat kedai berkenaan.

Menurutnya, kejadian disedari pemilik kedai emas itu, Tan Teong Leong, 50, selepas menerima panggilan daripada pemilik bangunan memaklumkan pintu belakang menghubungkan keempat-empat kedai berkenaan terbuka, kira-kira jam 8 pagi semalam.
CARI BUKTI...anggota polis menyiasat di tempat kejadian.

LICIK...lubang yang ditebuk sebelum sampai ke kedai barang kemas bersebelahan

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive