Pengikut Boyzzonne

Friday, August 24, 2012

Cendol bakal ke London


JOHOR BAHRU - Hasrat pengeluar produk minuman cendol inovasi baru, G&G Dessert Products Sdn Bhd untuk melebarkan sayap perniagaannya ke pasaran antarabangsa dalam tahun ini semakin menjadi realiti.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, S Vathumalaai berkata, peluang itu semakin terbuka apabila
Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) menyatakan minat untuk memasarkan minuman itu yang dilabel sebagai Cendolah ke London.
“Kita sudah menerima pengesahan surat daripada Matrade baru-baru ini dan kita menyambutnya dengan tangan terbuka,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, baru-baru ini.
Cendolah merupakan inovasi pertama dan terbaharu dalam mentransformasikan cendol kaki lima kepada sirap cendol dalam botol yang menyerupai rasa yang sama.
Cara pembuatannya amat mudah iaitu dengan mencampurkan sirap cendol ke dalam ais batu dan mi cendol.
Kegunaannya dipelbagaikan lagi apabila boleh digunakan sebagai ‘topping’ untuk kuih-muih seperti kuih lapis.
Vathumalaai berkata, pihaknya turut menerima lamaran dari dua buah negara lagi iaitu Indonesia, Filipina dan Afghanistan yang mahu mengetengahkan produknya di negara masing-masing selain London.
“Kita akan mencari formula memvariasikan produk ini,” katanya.
Terbaharu, Cendollah diperkenalkan dalam dua perisa iaitu kacang dan jagung.
Bagaimanapun, ujar Vathumalai, pihaknya tidak berhasrat untuk menjual Cendolah di pasaran terbuka tempatan.
“Setakat ini, kami hanya pasarkan untuk industri hotel dan pengedar-pengedar makanan dan minuman berskala besar sahaja,” katanya.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive