Pengikut Boyzzonne

Friday, August 24, 2012

Diculik, dibelasah angkara Botak

Kumanan yang cedera ditetak dan dibelasah kumpulan samseng dirawat di Hospital Kuala Lumpur 


KUALA LUMPUR – Angkara seorang pelesit rempit bergelar Botak yang menjadi buruan sekumpulan samseng, seorang remaja diculik, dibelasah dan ditetak kumpulan tersebut dalam kejadian di Bandar Menjalara di Kepong dekat sini kelmarin.
Dalam kejadian pada pukul 2.30 petang itu, A. Kumanan, 17. yang dalam perjalanan pulang selepas selesai mencuci motosikal tiba-tiba
dikejar sebuah kereta Proton Perdana yang dinaiki tiga lelaki sehingga sampai ke rumahnya.
Setibanya di rumahnya, ketiga-tiga lelaki bersenjatakan parang itu meluru masuk ke dalam rumah mangsa dan menyerangnya dengan disaksikan oleh ibu dan nenek mangsa.
Mangsa yang lemah akibat serangan itu, kemudian ditarik memasuki kereta oleh kumpulan lelaki berkenaan sebelum pelajar tersebut terus dipukul.
Lima jam kemudian, mangsa yang patah tangan kiri dan kaki kiri serta beberapa kesan kecederaan di badan ditemui ditinggalkan berhampiran Taman Tasik Titiwangsa di sini.
Mangsa yang ditemui oleh oleh orang awam pada pukul 7.30 malam kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Sementara itu, Kumanan berkata, dia benar-benar tidak tahu kenapa dia menjadi mangsa culik dan dibelasah sehingga cedera oleh tiga lelaki terbabit sedangkan kumpulan tersebut sebenarnya mencari seorang pelesit rempit bernama Botak.
“Dalam kejadian tersebut saya sudah dijadi umpan bagi menjerat Botak tetapi Botak sebenarnya bukan kawan rapat saya,” dakwanya ketika ditemui di HKL semalam.
Selepas menjadi mangsa culik, cerita Kumanan lagi, kumpulan lelaki berkenaan menghubungi keluarganya dan mengugut akan mencederakannya jika rakan mangsa yang bernama Botak tidak datang berjumpa mereka.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive