Pengikut Boyzzonne

Thursday, August 23, 2012

KFC keluar album istimewa hari raya

ROSNIZA (tengah) bersama kakitangan KFCH bergambar sempena pelancaran album So Good Raya di Kuala Lumpur baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, KFC Holdings (Malaysia) Bhd. (KFCH) menawarkan album kompilasi lagu-lagu hari raya terbaik yang
berjudul So Good Raya kepada para pelanggan rangkaian makanan segera KFC di seluruh negara.
Pengurus Besar Komunikasi Korporat Kumpulan KFCH, Rosniza Baharum berkata, cakera padat itu memuatkan 10 lagu malar segar dan baharu yang bertujuan bagi menambahkan lagi kemeriahan sambutan perayaan pelanggan setia KFC.
“Tujuh lagu malar segar yang disediakan ialah Satu Hari di Hari Raya dendangan M. Nasir, Dari Jauh Ku Pohon Maaf (Allahyarham Datuk Sudirman Arshad), Dendang Perantau (Allahyarham Tan Sri P. Ramlee), Suasana di Hari Raya (Datuk Sharifah Aini), Ku Pohon Restu Ayah Bonda (Mamat Exist), Indahnya Beraya di Desa (Azlina Aziz) dan Nazam Lebaran (Datuk Siti Nurhaliza).

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive