Pengikut Boyzzonne

Tuesday, August 21, 2012

Lawak Kelakar Cikgu Ramli Dan Anak Murid Mat


Cikgu Ramli sedang mengendali kelasnya dalam aktiviti sukan di padang sekolah. Seperti biasa, Cikgu Ramli akan menyuruh murid²nya melakukan regangan otot. Tiba di satu bahagian, dimana murid² baring dan mengangkat kaki lalu menggerakkannya seperti sedang mengayuh basikal. Cikgu Ramli asyik memerhati seorang muridnya yang pada mulanya menggerakkan kakinya tiba² memberhentikan
kakinya.. Lalu Cikgu Ramli menyergah muridnya yang bernama Mat.
Cikgu Ramli: “Woiiii Mat, apa sebab kau berhenti ni hah”
Mat : “Oh Cikgu Ramli, basikal saya tengah turun bukit Cikgu, sebab tu saya berhenti.Takkan nak kayuh jugak.”

PART II

Waktu sekolah telah tamat. Sebelum keluar kelas, Cikgu Ramli telah bertanya kpd murid²nya.
Cikgu : Siapa nak masuk/pergi syurga?
Semua murid mengangkat tangan kecuali Mat lalu Cikgu Ramli pun bertanya,
Cikgu : Mat, kenapa awak tak nak pergi/masuk syurga?
Mat : Mak saya kata lepas habis sekolah, terus balik rumah..jangan pergi mana-mana.

PART III

Cikgu Ramli sedang mengajar Bahasa Melayu dalam kelas 1 Mawar…
Cikgu : Mat, boleh kamu buat ayat dengan menggunakan perkataan tepong?
Mat : Itu senang saja cikgu.. ayatnya ialah…. emak sedang membuat kek di dapur.
Cikgu : Mana tepungnya??
Mat : Tepung kan ke dalam kek tu…. Cikgu nie tak sekolah ke hape??

PART IV

Cikgu Ramli : Joe, cuba terangkan apakah tugas akar pokok pisang?
Joe : Untuk mencari makanan, cikgu
Cikgu Ramli : Bagus! Sekarang giliran Wati pulak. Apakah tugas batang pokok pisang?
Wati : Untuk membawa makanan yang dicari akarnya, cikgu.
Cikgu Ramli : Bagus! Sekarang giliran Mat pula. Apakah tugas daun pisang?
Mat :untuk membungkus nasi lemak, cikgu…
Cikgu Ramli : uii… lagi bagus… berdiri atas meja sampai habis kelas..


KAH KAH KAH KAH….
Sumber: Sembangkosong

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive