Pengikut Boyzzonne

Tuesday, August 21, 2012

Maut diserang ketika beraya

DUA ahli keluarga Siva sedih menunggu mayatnya dibedah siasat di Hospital Sungai Buloh semalam.

SUNGAI BULOH – Keseronokan dua sahabat mengunjungi rumah rakan yang menyambut Aidilfitri berakhir dengan tangisan apabila seorang daripada mereka maut diserang sekumpulan
lelaki tidak dikenali di Taman Desa Coalfields di sini kelmarin.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah berkata, sebelum kejadian pada pukul 8.30 malam, mangsa M.P. Siva, 22, (gambar kecil) dan rakannya yang menunggang sebuah motosikal dilanggar oleh sebuah kereta jenis Honda dari arah belakang.
Menurut beliau, rempuhan tersebut menyebabkan kedua-dua sahabat itu terjatuh sebelum Siva diserang sekumpulan lelaki dipercayai warga tempatan.
“Rakan Siva sempat melarikan diri manakala Siva ditetak bertubi-tubi oleh kumpulan lelaki tersebut menggunakan senjata tajam dipercayai pedang,” kata beliau.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive