Pengikut Boyzzonne

Wednesday, August 22, 2012

Nyaris maut kereta rempuh pasu gergasi


SEREMBAN: Dua lelaki nyaris maut apabila kereta Proton Persona dinaiki terbabas sebelum merempuh tiang lampu dan pasu gergasi hiasan di pembahagi jalan di Jalan Dato Muda Linggi, di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, kedua-dua mangsa parah selepas
tersepit di dalam kenderaan berkenaan sehingga anggota penyelamat terpaksa menggunakan alat khas bagi mengeluarkan mereka.

Jurucakap polis berkata, kedua-dua mangsa berusia 20-an itu dipercayai dalam perjalanan dari Seremban menuju ke Ampangan, di sini, dalam keadaan hujan lebat.
“Apabila tiba di lokasi kejadian, kereta mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke pembahagi jalan sebelum melanggar pasu bunga gergasi dan terlajak hingga melanggar tiang lampu.

“Kereta itu yang remuk teruk kemudian terbabas hingga melambung di laluan bertentangan sebelum berhenti, manakala pasu yang dilanggar pecah dan tiang lampu berkenaan tumbang menghadang jalan.

“Kami terpaksa meminta bantuan bomba bagi mengeluarkan kedua-dua mangsa yang tersepit dalam kenderaan yang remuk teruk,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua mangsa yang cedera parah di kepala dan badan dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk rawatan lanjut. Bagaimanapun, katanya, kemalangan itu tidak membabitkan kenderaan lain kerana ketika kejadian laluan berkenaan lengang.

“Punca kejadian masih disiasat tetapi tidak menolak kemungkinan kenderaan dipandu laju selain faktor laluan licin,” katanya.




No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive