Pengikut Boyzzonne

Wednesday, August 22, 2012

Paandelela rinong Dikurnia bintang negeri


KUCHING – Pemenang pingat gangsa Olimpik, Pandelela Rinong Pamg, dianugerah bintang negeri di atas kejayaannya itu sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching di sini semalam dengan diberi sambutan sebagai seorang
Serikandi.
Pandelela, 19, yang diiringi ibu bapanya dan dua orang peserta Olimpik lain dari Sarawak iaitu Bryan Nickson Lomas dan Traisy Vivien Tukiet, menjadi atlet tempatan pertama dianugerah Johan Bintang Kenyalang (JBK).
Bintang tersebut dianugerahkan oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng pada satu majlis di Astana Negeri, Petra Jaya, di sini.
“Saya amat berbangga dan terharu kerana dipilih untuk menerima pengiktirafan tertinggi daripada kerajaan negeri.
“Bagaimanapun, saya tidak akan lupa diri dan asal usul saya. Apa yang penting ialah saya ingin menjadi inspirasi kepada lebih ramai anak muda di Bumi Kenyalang untuk menceburi acara sama,” kata Pandelela pada majlis itu.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive