Pengikut Boyzzonne

Sunday, August 19, 2012

Pekerja pembersih maut dibaham harimau


CISARUA (Bogor): Seorang pekerja pembersihan di Taman Safari Zoo di Cisarua, Jawa Barat, maut dibaham harimau, kelmarin.
Rakan sekerja mangsa, yang dikenali sebagai Junaidi, 32, tidak melihat mangsa selepas solat Jumaat. 
Jurucakap zoo Yulius Suprihardo semalam berkata, “Pegawai yang biasanya menguruskan harimau di zoo ini menemui mangsa.”



Mangsa dibawa ke hospital tetapi meninggal dunia ketika tiba.

Yulius berkata, tempat mangsa ditemui bukanlah di kawasan awam, hanya pelatih haiwan itu mempunyai akses untuk masuk ke lokasi berkenaan.

Dia tidak memberitahu sebab mengapa Junaidi masuk ke sangkar harimau itu.

“Kami masih menyiasat kejadian yang menyedihkan ini. Junaidi adalah pekerja yang berdedikasi,” katanya. - Agensi

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive