Pengikut Boyzzonne

Friday, August 24, 2012

Perompak bersenjata lepak tepi pantai kempunan

JAUTEH (kiri) menunjukkan barangan yang dirampas daripada empat perompak pada sidang akhbar di Kota Kinabalu 

KOTA KINABALU – Hajat empat perompak yang sedang menikmati keindahan pantai di waktu pagi tidak kesampaian selepas ditahan di tepi jalan Tanjung Lipat dekat sini baru-baru ini.
Kesemua suspek berusia 18 hingga 26 tahun itu diberkas ketika
berehat di dalam sebuah kereta sewa jenis Proton Waja pada 17 Ogos lalu hasil maklumat orang awam.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Jauteh Dikon berkata, mereka dikehendaki selepas terlibat dalam lima rompakan bersenjata di sekitar bandar raya ini pada 13 hingga 15 Ogos lalu.
Menurutnya, satu pasukan khas telah ditubuhkan bagi memburu kumpulan lelaki tersebut yang dipercayai baru ditubuhkan seminggu lalu.
“Hasil pemeriksaan terhadap kereta tersebut, polis menemui enam telefon bimbit, alat-alat untuk merompak termasuk dua bilah parang dan pisau rambo, sebilah keris dan dua cincin.
“Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM6,000

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive