Pengikut Boyzzonne

Wednesday, August 22, 2012

Polis Nyaris maut ditembak Penjenayah


IPOH: Seorang anggota polis nyaris maut apabila ditembak dari jarak dekat oleh sekumpulan penjenayah yang cuba merompak seorang ahli perniagaan di kawasan industri IGB, Kampung Tawas, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, satu das tembakan dilepaskan terhadap
anggota terbabit, tetapi tersasar sebelum tiga penjenayah lelaki termasuk seorang wanita melarikan diri menaiki Proton Waja.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Ahmad Termizi Abd Haq berkata, kejadian berlaku ketika anggota polis itu cuba membantu mangsa wanita berusia 39 tahun yang dirompak kumpulan penjenayah.

Menurutnya, kejadian berlaku sejurus ahli perniagaan itu selesai mengutip wang sewa lori dari pemiutang di kawasan industri itu.

“Mangsa yang berada berhampiran sebuah restoran kemudian diserbu tiga lelaki bertopeng sebelum memaksa mangsa menyerahkan wang RM5,000 dimiliki.

“Mangsa yang ketakutan kemudian menyerahkan wang itu kepada suspek yang dipercayai mengekori gerak geri mangsa,” katanya. Ahmad Termizi berkata, semua suspek yang dipercayai berusia lingkungan 20-an melarikan diri menaiki sebuah kereta menggunakan nombor pendaftaran palsu.


“Ahli perniagaan itu menjadi sasaran penjenayah selepas mangsa mengutip duit sewaan lori di kawasan pada masa sama setiap hari.

“Seorang anggota polis yang kebetulan berada di restoran itu dikatakan cuba menangkap seorang penjenayah.

“Bagaimanapun, suspek mengeluarkan sepucuk pistol dan melepaskan tembakan bagi menghalang anggota polis terbabit,” katanya.

Menurutnya, kumpulan penjenayah itu turut dianggotai seorang wanita berada dalam kereta berkenaan.




No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive