Pengikut Boyzzonne

Saturday, August 25, 2012

Tiga Maut, Jambatan Runtuh Di China


BEIJING – Tiga orang maut dan lima lagi mengalami kecederaan apabila jambatan lapan lorong di timur laut China runtuh awal pagi tadi hanya selepas sembilan
bulan dibuka, kata media.
Jambatan itu yang menjadi sebahagian daripada laluan lebuh raya ke lapangan terbang di bandar Harbin, dibuka pada November selepas dua tahun disiapkan membabitkan kos 1.9 bilion yuan (RM929 juta).
Sebahagian jambatan membabitkan 100 meter runtuh apabila empat trak berat melaluinya menyebabkan kemudahan itu rebah dan berkecai.
Jambatan berkenaan dibina dengan kemampuan untuk menampung 9,800 kenderaan setiap sejam. – AFP

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive