Pengikut Boyzzonne

Tuesday, June 12, 2012

PM Britain terlupa anak


Perdana Menteri Britain, David Cameron tertinggal anak perempuannya berusia lapan tahun di sebuah pub selama 15 minit selepas makan tengah hari bersama keluarga, lapor pejabatnya Downing Street, semalam.
Nancy pergi ke tandas ketika perdana menteri dan isterinya Samantha berbincang mengenai kenderaan untuk pulang dan pasangan itu hanya menyedari Nancy tiada ketika mereka tiba di rumah, lapor akhbar The Sun.


“Perdana Menteri dan Samantha menjadi tidak keruan apabila menyedari

Nancy tidak bersama mereka, kata jurucakap Downing Street.

“Syukurlah apabila mereka menghubungi pub itu, Nancy ada di sana dalam keadaan selamat dan baik-baik saja.


“Perdana Menteri pergi ke tempat itu segera untuk mendapatkannya,


Pasangan terbabit pergi ke pub itu bersama anak mereka - Nancy, Arthur, 6, dan Florence yang berusia 22 bulan serta dua lagi keluarga. Cameron kembali ke Chequers bersama pengawal peribadinya memikirkan Nancy menaiki kenderaan kedua bersama isterinya, manakala Samantha menyangka Nancy mengikut bapanya. 

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive