Pengikut Boyzzonne

Saturday, June 16, 2012

Gambar kantoi Artis Di Red Carpet





tekan readmore untuk lebih banyak gambar

Bertatu: Awi Rafael mohon maaf!

Heboh seketika apabila portal-portal hiburan yang menyiarkan foto seorang penyanyi lelaki yang bertatu di lengan. Walaupun mukanya dikaburkan, ramai yang dapat meneka bahawa penyanyi itu adalah Awi Rafael.

Menyedari dirinya kini ‘diburu’ ramai pihak, pelantun Bila Aku Jatuh Cinta ini tampil memberi kenyataan dalam laman Facebook rasminya, kelmarin.

Menurut Awi, gambar yang dimuat naik itu adalah sebelum dia bergelar artis dan mengakui ketika itu masih mentah untuk menilai baik dan buruk.

Mengakui sudah menginsafi kesilapan lalunya yang melampaui batasan agama, Awi mengatakan dirinya kini semakin matang dan sudah berubah.

Malah, Awi juga memohon maaf dan berharap agar peminatnya terutama remaja menjadikan peristiwa yang menimpanya sebagai pengajaran.

klik readmore untuk tengok gambar yg dimaksudkan

Kanak-kanak maut tertembak pada hari jadi


Kanak-kanak sambut hari jadi maut tertembak

Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun maut selepas tertembak diri sendiri menggunakan pistol, yang disangka pistol mainan, di rumah neneknya di Ketereh di sini  malam tadi sebaik selesai menyambut hari jadinya.

Sementara bapa saudaranya, Helmi Ghazali berumur 31 tahun yang kebetulan berada di belakang mangsa, cedera di bahagian bahu dan berada dalam keadaan stabil.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, kejadian tersebut berlaku pada jam 9 malam apabila mangsa, Mohd Faris Faisal Hisham menjumpai

18 SX - Wanita tersenyum setelah di .........




Dengan selamba dia tersenyum stelah diraba....

Nak tengok gambr tekan readmore

Kanye West Muat Naik Gambar Bogel Kim Kardashian



KiM Kardashian dan Kanye West telah menjadi pasangan kekasih secara terbuka sejak 4 bulan yang lalu. Kini heboh pula 1 dunia pasal Kanye West tweet naked photo of Kim Kardashian di Twetter beberapa hari  lepas. Seperti yang anda lihat gambar tersebut mempamerkan bahagian punggung Kim Kardashian yang tengah menikmati sebiji pisang.


nk tengok gambar tekan readmore

Tips Jimat Minyak Kereta - simple giler


Tips jimat minyak petrol ni bapak sedara aku yang bagitau. Mungkin ada yang dah tahu, mungkin ada yang belum tahu. Mungkin juga ada yang dah tahu dan dah cuba, mungkin juga ada yang dah tahu tapi tak berani nak cuba. Anda tergolong dalam kumpulan yang mana?
Aku sendiri dan keluarga pun baru cuba kaedah ni dalam jangka masa setahun lepas hingga la sekarang. Mengikut kata ayah aku memang berkesan la sebab dapat jimat minyak lebih kurang 20%. Selain tu spark plug kereta pun lambat kotor dan pick-up kereta bertambah.
Kalau nak tahu tips dia tekan readmore cepat

Gambar Yuna Ketika Kanak-Kanak



Gambar Yuna ketika kecil bersama dengan Adibah Noor yang dikongsikan oleh ibunya di twitter.
tekan readmore untuk tengok gambar Yuna ketika kecil

'Bukan Bidadari' Taruhan Terbaru Slot Lestary

Barisan pelakon drama bersiri Bukan Bidadari. (dari kiri) Nad Zainal, Sharnaaz Ahmad, Azlee Khairi dan Sara Ali.
SUBANG JAYA: Stesen TV3 bakal menyajikan drama bersiri terbaru berjudul Bukan Bidadaridalam slot Lestary dan akan menemui peminat bermula 19 Jun ini, setiap Selasa pukul 9 malam.
Diarahkan oleh Faisal Ishak dibawah penerbitan Filemscape Production, skrip Bukan Bidadari ditulis oleh Zuli Ismail yang mengisahkan mengenai kehidupan seorang gadis yang terpaksa mengharungi pelbagai cabaran demi mengecapi sebuah hidup mewah.
Faisal ketika ditemui berkata, dia yakin drama berdurasi 13 episod ini akan mendapat sambutan kerana jalan ceritanya yang menarik selain lakonan mantap daripada barisan pelakon.
"Insya Allah ia akan mendapat sambutan kerana jalan cerita dan lakonan para pelakon cukup mantap dan saya sendiri berpuas hati dengan hasilnya," ujarnya.
Barisan pelakon drama bersiri Naziha yang telah pun menemui peminat pada 15 Jun.
Bukan Bidadari membariskan pelakon seperti Nad Zainal (Inas), Azlee Khairi (Kamal), Shaarnaz Ahmad (Ariff), Sara Ali (Ayu), Fiza Halim (Suraya), Zuhairi Ibrahim (Ibrahim), Muniff Isa (Shidi), Azhar Sulaiman (Roy), Liza Zain (Hawa), dan Wan Raja (Ali).
Dalam pada itu, TV3 juga turut memperkenalkan drama bersiri berjudul Naziha untuk slot Zehra dan telah pun memulakan siaran pada 15 Jun, setiap Jumaat pada pukul 9 malam.
Naziha membariskan barisan pelakon seperti Izara Aishah, Ryzal Jaafar, Erry Putra dan sebagainya.
Bagi penonton yang ketinggalan untuk menyaksikan dua buah drama bersiri hebat ini, boleh melayari laman web Tonton di www.tonton.com.my selain Facebook dan Twitter untuk mendapatkan berita terkini mengenai drama tersebut.

Duduk 1 rumah dgn harimau dan 14 anjing



GAUTENG - Sepasang kekasih nekad tinggal bersama seekor harimau dan 14 ekor anjing di kediaman mereka di Brakpan, Afrika Selatan.

Michael Jamison, 37, dan Jackie Smit, 29, membeli harimau yang digelar Enzo itu ketika berumur sembilan minggu.

Setiap hari hari pasangan berkenaan terpaksa menyediakan 50 kilogram daging dan susu untuk hidangan harimau peliharaan mereka.

Jamison berkata, harimaunya itu setia menemani mereka menonton televisyen, tidur dan pergi ke pejabat pos.

"Sejak kami memeliharanya, belum pernah kami digigit hanya sesekali dicakar tetapi ia sudah cukup menyakitkan.

"Ketika waktu makan, Enzo akan berkongsi makan bersama beberapa ekor kucing dan 14 anjing tanpa bergaduh.



tekan readmore kalau  nk tengok harimau hisap botol

Lady Gaga dituduh hina bendera Thailand



Sebelum ini, dia pernah berjenaka dengan berkata ingin membeli jam tangan Rolex palsu di Thailand.
Semalam, Kementerian Kebudayaan Thai memfailkan aduan terhadap penyanyi, Lady Gaga kerana menyalahgunakan bendera Thailand ketika konsertnya bulan lalu.
Kementerian itu berkata, bahagian persembahan Lady Gaga yang mengenakan perhiasan kepala tradisional, berpakaian seksi di atas motosikal dengan bendera Thailand diseret di belakang adalah ‘tidak wajar dan menyakiti perasaan rakyat.”

Pegawai kanan kementerian yang tidak mahu namanya disiarkan berkata, “Kami tidak meminta pihak polis mendakwanya tetapi ia adalah prosedur biasa kami untuk memfailkan aduan kepada agensi berkenaan apabila kami menerimanya.”

Kementerian itu berkata, bendera kebangsaan Thaimempunyai tiga warna, merah melambangkan negara, biru melambangkan raja dan putih agama.

tekan readmore kalau nak tengok gmbr lady gaga di bangkok

Jurulatih Real Madrid Jose Mourinho jumpa Najib razak

Jose Mourinho, ketua jurulatih kelab bola sepak tersohor Sepanyol, Real Madrid, membuat kunjungan ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.
Mourinho, yang dianggap salah seorang jurulatih terbaik sepanjang masa, tiba di bangunan Perdana Putra pada pukul 3 petang dan dibawa ke Pejabat Perdana Menteri di Aras Lima.

Beliau berada di Malaysia untuk lawatan singkat selepas menerima jemputan khas oleh hartawan Singapura, Peter Lim, bagi menghadiri satu acara berkaitan dengan Yayasan Olimpik Singapura-Biasiswa Peter Lim di republik itu semalam.
Sahabat Lim, pengasas Kumpulan Berjaya, Tan Sri Vincent Tan, menjadi hos kepada lawatan jurulatih tersebut ke Kuala Lumpur.
Mourinho merupakan penerima pertama Anugerah Jurulatih Terbaik FIFA pada 2010.

tekan readmore kalau nak tengok gambar Jurulatih  real madrid

Bekas atlet wanita didakwa rogol wanita - macam macam


GAMBAR fail pada 22 Mei 2006 menunjukkan Pramanik bergambar dengan pingat emas yang dimenanginya pada acara larian 400 meter pada Sukan Grand Prix Asia di Bangalore, India.



KOLKATA - Seorang atlet wanita India yang memenangi pingat emas pada Sukan Asia 2006, Pinki Pramanik muncul di mahkamah di sini semalam bagi menghadapi dakwaan dia merogol bekas kekasihnya yang juga seorang wanita.
Bekas kekasihnya itu turut mendakwa bahawa Pramanik 26, yang kelihatan seperti wanita sebenarnya ialah seorang lelaki.
Pramanik turut ditahan reman selama 14 hari sehingga perbicaraan berhubung dakwaan merogol itu berlangsung.
"Mahkamah majistret meminta pihak berkuasa untuk membentuk satu lembaga perubatan bagi menentukan jantina Pramanik," kata Ketua Balai Polis di Kolkata, Prabir Roy.
Pramanik yang bersara pada tahun 2007 enggan untuk menjalani pemeriksaan di sebuah hospital semasa dia di soal-siasat selepas ditangkap kelmarin.
"Saya telah menjalani banyak ujian perubatan sepanjang kerjaya sebagai seorang atlet.
"Kenapa saya perlu bersetuju untuk menjalani lebih banyak ujian perubatan yang mengarut ini?," soal Pramanik yang disiarkan akhbar Times of India semalam.
Dia pernah memenangi pingat emas dalam acara 4x400 meter berganti-ganti pada Sukan Asia di Doha, Qatar pada tahun 2006.
Bekas kekasih Pramanik mendakwa dia dirogol beberapa kali.
Namun, Pramanik memberitahu kisah yang berbeza.
"Wanita itu (mangsa) meminta wang sebanyak 300,000 rupees (RM17,271) tetapi saya enggan memberikan wang tersebut kepadanya." kata Pramanik kepada pemberita dari sebuah van polis sebelum dia dihadapkan ke mahkamah.
Polis menyatakan bahawa Pramanik tinggal bersama kekasihnya di sini selama beberapa bulan.
Akhbar Calcutta Telegraph melaporkan bekas kekasihnya menyatakan Pramanik pernah berjanji untuk berkahwin dengannya.
Pramanik berasal daripada keluarga petani yang miskin di negeri Bengal Barat, sekitar 220 kilometer dari sini dan bekerja sebagai seorang inspektor tiket sebelum berkecimpung dalam bidang sukan.
Sementara itu, ibu Pramanik, Puspa memberitahu stesen televisyen Bengali TV bahawa anaknya itu tidak bersalah.
"Saya tidak percaya dia melakukan jenayah seperti itu. Saya berharap dia akan mendapat keputusan yang adil," katanya.
Setiausaha Persekutuan Atlet India, C.K. Valson memberitahu agensi berita AP bahawa pihaknya tidak mengetahui sama ada Pramanik akan diminta untuk memulangkan semula pingatnya ekoran kes tersebut.
"Dia bersara tiga tahun lalu dan tiba-tiba kita mendengar semua ini (kes itu)," katanya.
Menurutnya, pihaknya akan menunggu laporan perubatan sebelum membuat sebarang kesimpulan berhubung kes tersebut.
Pramanik pernah memenangi pingat emas dalam acara larian 400 meter pada Sukan Grand Prix Asia di Bangalore, India pada 22 Mei 2006.
Pingat perak yang dimenangi atlet dari India, Santhi Soundarajan pada Sukan Asia 2006 terpaksa ditarik balik selepas dia gagal dalam ujian jantina yang dilakukan sejurus selepas acara larian tersebut berlangsung. - Agensi

Ikan miliki warna sama dengan bendera Jerman


Beberapa ekor ikan kecil di dalam akuarium menjadi tumpuan para pengunjung di sebuah kedai menjual haiwan peliharaan di sini semalam.
Ikan tersebut menjadi tumpuan kerana ia mempunyai belang hitam, merah dan kuning. Warna itu sama dengan bendera Jerman.
Ia turut mendapat tumpuan ramai kerana pasukan Jerman kini bertanding dalam Kejohanan Bola Sepak Eropah (Euro) 2012 di Ukraine. 

tekan readmore kalau nk tengok gambar ikan

Pemandu trak buat motosikal kayu


BUDAPEST, Hungary - Seorang pemandu trak berusia 52 tahun, Istvan Puskas membuat rangka sebuah motosikal daripada kayu.
Dia mengambil masa selama dua tahun untuk membuat motosikal itu.
Hendal motosikal itu diperbuat daripada tanduk lembu.
Puskas membuat motosikal tersebut di rumahnya di Tiszaors, 161 kilometer ke timur Budapest. - Agensi
tekan readmore untuk tengok gambar

Nizar mohon menghadap Sultan






IPOH - Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd. Nizar Jamaluddin (gambar kecil) semalam menghantar surat kepada pejabat Istana Besar, Johor Bahru bagi memohon perkenan menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.
Dalam surat yang dialamatkan kepada Setiausaha Sulit kepada Sultan Ibrahim, Jaba Mohd. Noah, Ahli Parlimen Bukit Gantang itu memaklumkan tujuan memohon menghadap itu ialah bagi menzahirkan permohonan maaf kepada baginda.
"Tujuan saya memohon menghadap baginda Sultan Johor ialah untuk mendapat perkenan menjelaskan kesulitan yang berlaku," katanya dalam surat dua helai yang salinannya difakskan ke pejabat Kosmo!Perak di sini.
Mohd. Nizar juga memohon perkenan untuk membawa beberapa sahabat beliau untuk bersama menghadap sekiranya mendapat keizinan baginda.

Perjanjian pinjam panda gergasi China dimeterai


NAJIB (tengah) menyaksikan pertukaran dokumen perjanjian antara Abd. Rasid (kanan) dengan Chunlin di Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA - Kerajaan Malaysia semalam memeterai satu perjanjian dengan China Wildlife Conservation Association (CWCA) yang akan merintis jalan untuk meminjamkan sepasang panda gergasi kepada Malaysia.
Majlis menandatangani perjanjian itu dimeterai antara Ketua Pengarah, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Datuk Abd. Rasid Samsudin dan Ketua Setiausaha CWCA, Zang Chunlin petang semalam.
Majlis itu disaksikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ahli Jawatankuasa Tetap Biro Politik, Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (CPC), He Guaqiang.
Pasangan panda gergasi yang bakal dipinjamkan kepada Malaysia untuk tempoh 10 tahun itu merupakan simbolik bagi memperingati ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik Malaysia-China yang bakal diraikan pada tahun 2014.
Berdasarkan pengalaman negara jiran seperti Thailand dan Singapura, Malaysia bakal menerima pasangan panda itu dalam tempoh setahun dari tarikh perjanjian dimeterai.


Jurutol ditembak dengan pump gun -


ANGGOTA polis memeriksa kesan tembakan pada motosikal yang dinaiki dua jurutol yang ditembak berhampiran Plaza Tol Seremban kelmarin.


SEREMBAN - Dek kerana duit RM2,000, dua jurutol Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) cedera ditembak sebelum disamun perompak berhampiran Plaza Tol Seremban susur keluar ke arah utara di sini kelmarin.
Semasa kejadian pukul 9.57 malam itu, mangsa Nurijah Rosli, 24, dan Mohd. Haffiz Zamri, 26, menaiki sebuah motosikal dari Plaza Tol Seremban susur masuk ke Seremban dari arah utara menuju ke pejabat syarikat itu.
Pejabat PLUS itu terletak berhampiran persimpangan susur keluar ke arah utara.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, semasa itu kedua-dua mangsa dalam perjalanan menghantar wang kutipan harian berjumlah RM2,000 ke pejabat PLUS itu yang terletak kira-kira 200 meter dari Plaza Tol Seremban.
Menurut beliau, ketika kedua-dua mangsa mahu membelok masuk ke kawasan pejabat PLUS, tiba-tiba muncul sebuah kereta Proton Wira memintas motosikal ditunggangi dua mangsa.
"Seorang lelaki di dalam kereta itu yang bersenjatakan pump gun melepaskan tiga das tembakan ke arah kedua-dua jurutol menyebabkan mereka terjatuh.
"Suspek kemudian merampas beg kecil mengandungi wang yang dipegang salah seorang mangsa," kata beliau dengan memberitahu kereta tersebut kemudian dipandu laju ke arah Sendayan.


Mangga harumanis rm12.50 sebiji di singapura


MEMPELAM Harumanis mula mendapat perhatian penduduk 
Singapura kerana rasanya yang manis dan enak.


ARAU - Keenakan Raja Mempelam, Harumanis bukan hanya digemari oleh rakyat Malaysia malah mendapat permintaan tinggi di Singapura apabila dijual pada harga RM12.50 sebiji.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Perlis, Sabry Ahmad berkata, sambutan memberangsangkan itu diterima pihaknya ketika mengadakan promosi buah berkenaan di republik itu bulan lalu.
Sehubungan itu, katanya, kerajaan Perlis dijangka mengeksport tiga tan metrik buah itu ke sana tahun depan.
"Penduduk Singapura amat menyukai kemanisan dan keenakan mempelam Harumanis. "Walaupun ia dijual pada harga S$5 sebiji atau RM12.50, mereka tiada masalah untuk membelinya," katanya di sini semalam.


Timbalan ketua polis kuala krai Kemalangan - Perut terburai - darah membasahi jalan

Kemalangan itu amat dahsyat, tapi saya terkilan kerana tak mampu berbuat apa-apa, sebaliknya hanya mampu lihat saja mayat seorang daripada mangsa terbujur di atas jalan dalam keadaan perut terburai manakala yang lain tersepit dalam kenderaan masing-masing yang remuk.”
Demikian kata Mohd Aliff Farhan Mohd Hatta, 16, antara individu terawal tiba di lokasi kemalangan di Kilometer 35, Jalan Kota Bharu-Kuala Krai, Labok, di sini, yang mengorbankan tiga nyawa termasuk Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi Superintendan Abdul Wahab Yaacob, 56, awal pagi semalam.

Dua lagi yang terbunuh ialah Sarjan Abd Kadir Kumin, 48, dari Ulu Cheka, Jerantut, Pahang, yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Krai dan suri rumah, Membunga Mamat, 61, dari Rancangan Kemajuan Tanah Paloh 1, Gua Musang.
Kemalangan berlaku ketika Abdul Wahab dan Abd Kadir dalam perjalanan dari Kota Baharu ke Kuala Krai dengan menaiki kereta BMW bertembung sebuah pacuan empat roda jenis Mitsubishi Pajero dari arah bertentangan dinaiki Membunga bersama anaknya, Mohd Saari Asmawi, 36.

Ketiga-tiga mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala serta badan dan mayat mereka dibawa ke Hospital Machang untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga masing-masing.

Mohd Saari yang memandu Pajero itu pula dilaporkan dalam keadaan kritikal dan kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), Kota Bharu.
Menceritakan pengalamannya, Mohd Aliff Farhan yang rumahnya hanya 20 meter dari tempat kejadian berkata, dia terdengar bunyi dentuman kuat ketika

Patah tangan dukung adik - kesiannya

Walaupun badannya kecil namun dia beria-ia hendak mendukung adik bongsunya.
“Tetapi, dia tidak mampu menampung berat adiknya sebelum tersembam dan patah tangan,” kata Osman Mohammad, 39, bapa Nor Fatihana Osman, 6, yang patah tangan kiri selepas terjatuh berikutan gagal menampung berat badan adiknya .

Dalam kejadian jam 8.30 malam di rumah mereka di Kampung Seberang Marang pada 8 Jun lalu, Nor Fatihana bermain bersama adik bongsunya, Nor Khalisa Damia, 2, sebelum cuba mendukung adiknya yang berat lebih 10 kilogram.
Malangnya, tidak sampai seminit mendukung saudara kandungnya itu, Nor Fatihana yang tidak larat menampung berat adiknya gagal mengawal keseimbangan badan sebelum kedua-duanya tersembam di atas lantai.

Tangan kiri Nor Fatihana patah dalam kejadian itu manakala anak bongsunya tidak cedera.

Menurutnya, ketika kejadian dia tiada di rumah, tetapi bergegas pulang sebaik dimaklumkan isteri mengenai insiden berkenaan.
“Saya membawa Nor Fatihana berjumpa dengan tukang urut tradisional sebelum membawanya ke HSNZ untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.

Bapa tiga anak itu berkata, tangan Nor Fatihana yang patah disimen dan mungkin memerlukan masa sebulan untuk pulih.

Tekan readmore kalau nk tengok gambar kakak yg syg adik dia....


Anak tak bangun - Mak simbah air panas - Zalim sungguh

Berang anaknya tetap berdegil tidak mahu bangun daripada tidur 

selepas dikejutkan beberapa kali, seorang ibu bertindak di luar dugaan 

apabila menyiram remaja berusia 16 tahun itu dengan air panas dalam 

kejadian di rumah mereka di Tudan, di sini, semalam.

Akibat kejadian jam 8.30 pagi itu, mangsa yang tidak lagi bersekolah 

dan bekerja sebagai buruh kasar, melecur teruk di belakang badannya.

Menurut sumber, sebelum kejadian, mangsa sedang tidur di sofa di 

ruang tamu rumah apabila ibunya yang berusia 47 tahun 

mengejutkannya supaya segera bangun daripada tidur dan bersiap 

untuk pergi bekerja.
tekan readmore kalau nk tengok gambar

Tonton TV Indonesia Secara Online | RCTI SCTV TRANSTV METROTV GLOBALTV TVONE


Kini anda boleh menonton beberapa saluran tv Indonesia secara percuma melalui live streaming tv secara online. Para peminat sinetron di Malaysia yang lazimnya meminatisinetron yang sedang hangat dipertontonkan seperti Cinta Kirana, Cahaya, Safa Dan Marwah kini tidak perlu menunggu lama untuk menonton sinetron terbaru yang ditayangkan di Indonesia seperti Putri Yang Di Tukar. Astro hanya akan menyiarkan sinetron yang telah habis ditayangkan di Indonesia terlebih dahulu. Hanya selepas itu, baru lah sinetron tersebut dibawa masuk untuk dipertontonkan kepada rakyat Malaysia. Jadi anda perlu menunggu masa yang lama untuk menonton di Astro.
Saluran seperti RCTI dan SCTV banyak menyiarkan sinetron dan filem Indonesia yang menarik dan kini anda boleh menontonnya melalui Mivo.TV. Selain itu, Mivo.TV juga turut menyedia beberapa saluran lain seperti TRANSTVMETROTV, GLOBALTV dan TVONE yang menyiarkan rancangan sukan, berita dan lain-lain lagi. Selamat menonton.

Astro On The Go | Tonton Astro Secara Online




ASTRO Malaysia Holdings Sdn Bhd (Astro) terus kreatif membangunkan stesen TV satelit pertama negara ini dengan pelbagai inovasi canggih. Ini sejajar dengan misi Astro yang menyasarkan peningkatan pelanggannya dalam beberapa tahun akan datang selepas menunjukkan peningkatan drastik melangkaui 50 peratus daripada keseluruhan penggunaan TV bagi isi rumah di Malaysia.
Selepas dilancarkan pada 1996, rangkaian stesen TV satelit berbayar itu dilihat terus mencapai graf peningkatan yang tinggi dengan pelbagai khidmat menarik untuk penonton.
Antara kejayaan yang dicapai Astro sebelum ini adalah memperkenalkan sistem rakaman sendiri ulang tayang program di rumah, Astro B.yond IPTV, saluran definisi tinggi (HD) serta tayangan filem terbaru melalui pakej Astro First.
Terbaru, Astro memperkenalkan pula satu lagi perkhidmatan canggih, Astro On The Go iaitu pelanggan boleh mengakses saluran TV Astro pada bila-bila masa saja menerusi alat peranti mudah alih, aplikasi komputer riba serta iPad.
Bayangkan, kalau sedang khusyuk menyaksikan perlawanan akhir bola sepak di ruang tamu di rumah anda dan tiba-tiba menerima panggilan untuk pergi segera ke pejabat, perlawanan itu masih mampu ditonton sepanjang perjalanan ke pejabat ketika dalam kenderaan dengan menggunakan peranti mudah alih anda.
Ketua Pegawai Eksekutif Astro, Datuk Rohana Rozhan ketika ditemui pada majlis pelancaran Astro-On-The Go pada petang Rabu lalu di Hotel Double Tree by Hilton, Kuala Lumpur berkata, pengenalan kepada perkhidmatan ini akan memberikan mereka satu lagi langkah ke depan buat semua pelanggan Astro.
“Sehingga sekarang, kami sudah memperoleh 50 peratus penembusan bagi rangkaian kami di seluruh negara dan Astro On-The-Go mampu memberikan kami satu langkah ke depan bagi mencatatkan peratusan lebih tinggi pada masa akan datang.
“Astro On-The-Go boleh diakses menerusi komputer riba atau iPad dengan 11 saluran ditawarkan secara percuma dari sekarang sehingga 31 Ogos ini sebagai permulaan.
“Antara saluran yang kami tawarkan secara percuma ini termasuk Ria Plus, Astro Warna, One HD dan beberapa yang lain bagi pelanggan kami melihat sendiri pembaharuan yang mahu kami tampilkan.
“Perkhidmatan sama turut menawarkan video atas permintaan (VOD) serta TV Ulangan (Catch Up TV),” katanya.
Katanya, perkhidmatan itu diperkenalkan secara berperingkat dengan fasa pertamanya yang sudah bermula dengan menawarkan perkhidmatan percuma hingga 31 Ogos ini.
“Fasa keduanya pula akan bermula 1 September nanti membabitkan pelanggan B.yond IPTV serta pengenalan kepada platform Android iaitu telefon bimbit manakala fasa ketiga dijangka pada akhir tahun ini serta awal 2013,” katanya.
Tambah Rohana lagi, pihaknya berbangga kerana mampu menjadi peneraju inovasi terkini dalam sistem penyiaran di rantau ini yang terus berkembang maju selain memberikan lebih pilihan, keseronokan dan hiburan kepada pelanggan setia mereka.
“Sebagai peneraju inovasi terkini, Astro mencatatkan beberapa kejayaan yang boleh melonjakkan kami dalam industri hiburan termasuk saluran definisi tinggi (HD), 3D, PVR dan Astro First. Kini kami memperkenalkan pula Astro On-The-Go yang mengukuhkan lagi perkhidmatan kami,” katanya.
Majlis pelancaran Astro On-The-Go itu turut dimeriahkan dengan persembahan selingan oleh juara program realiti TV, Mania iaitu Hafiz dengan lagu I Believe I Can Fly.
Turut hadir pada sidang media itu, Ketua Pegawai Operasi Astro, Henry Tan; Ketua Pegawai Inovasi, Brian Lenz serta Ketua Pegawai Perdagangan, Liew Swee Lin.
Daftar di link berikut – Astro On The Go

Gambar Proton Preve Sapphire | Proton Preve Special Edition (SE)


Proton Preve Sapphire dilengkapkan dengan bodykit sporty. Sportrim bersaiz 18 inci jenama Lenso digunakan bersama brek Lotus. Bagi menyerlahkan Proton Preve Sapphire, warna gun-metal matte digunakan bersama bumbung hitam berkilat. Bagaimanapun Proton Preve Sapphire ini masih belum dilancarkan secara rasmi dan harga juga tidak diketahui, sama-sama kita nantikan.
Berikut adalahh beberapa keping gambar Proton Preve Sapphire.
tekan readmore kalau nak tengok gambar..

Gambar Kereta Baru Zizan Raja Lawak, Mitsubishi Evolution 10 (Evo X) Tuned By M7



Nampaknya rezeki Zizan semakin murah sejak kebelakangan ini. Beliau telah membeli sebuah kereta baru iaitu Mitsubishi Evolution 10 pada 28 Mac 2012 di Mutiara Motors, Larkin, Johor Bharu. Namun kereta Mitsubishi Evolution 10 milik Zizan ini bukannya model yang biasa kerana ianya telah diubahsuai oleh M7. Harga kereta ini adalah sekitar RM280,000.
Mari lihat gambar Zizan beraksi bersama kereta terbarunya ini.
Klik readmore kalau nak tengok gambar kereta mamat ni......

Gambar Kereta Terbaru Lee Chong Wei | Ferrari F430 (BLG 1)




Beberapa keping gambar tersebar di Internet menunjukkan bahawa pemain badminton perseorangan nombor satu dunia dari Malaysia, Dato Lee Chong Wei baru-baru ini membeli sebuah kereta sport mewah baru iaitu Ferrari F430 berwarna putih. Ferrari F430 ini dikuasakan oleh enjin V8 4.3L dan mempunyai kuasa kuda melebihi 480.

Tekan readmore untuk tengok gambar kereta terbaru Lee Chong Wei

Ferrari F430

Gambar Kereta Satria Neo Milik Sultan Johor Sultan Ibrahim - WWW 1 plat paling mahal di malaysia

Nombor pendaftaran WWW 1 yang dimiliki oleh Sultan Johor telah dipasang ke sebuah keretanya iaitu Proton Satria Neo berwarna oren yang dipercayai ditempah khas.
Sultan Ibrahim Ibni Sultan Iskandar Al-Sultan telah berjaya menjadi pemilik nombor plat tersebut apabila memenangi bidaan sebanyak RM520,000 ringgit.
Klik readmore untuk tengok kereta guna plat paling mahal di malaysia

Gambar Jerebu Di Sekitar Kuala Lumpur (KL) | 15 Jun 2012


Jerebu yang didapati melanda KL mulai awal pagi tadi adalah berpunca dari kebakaran tanah gambut dalam skala yang besar di kawasan Rokan Hilir, Sumatera Timur, Indonesia yang berseberangan dengan pantai Selangor dan Negeri Sembilan.
Imej satelit NOAA ini membuktikan bahawa terdapat titik kebakaran yang sangat banyak di kawasan tersebut yang mana tiupan angin Barat pada ketika ini membantu menjadikan Kuala Lumpur diselimuti jerebu tebal.





Friday, June 15, 2012

Sinopsis Bukan Bidadari | Slot Lestary TV3


Drama Bukan Bidadari di Slot Lestary TV3 bakal bermula bersiaran pada 19 Jun 2012 pada jam 9.00 malam di TV3 bagi menggantikan drama 3 Janji. Antara barisan pelakon yang membintangi drama Bukan Bidadari adalah Nad Zainal, Azlee Khairi, Shaarnaz Ahmad, Sara Ali, Fiza Halim, Zuhairi Ibrahim, Muniff Isa, Azhar Sulaiman, Liza Zain, dan Wan Raja.
Sinopsis Drama Bukan Bidadari
Inas merupakan seorang gadis yang manja, kaya dan sempurna. Keadaannya berubah setelah ayahnya meninggal dunia dalam nahas kapal terbang. Selepas kematian bapanya, kehidupan Inas tidak stabil. Inas terpaksa memikul hutang bapanya. Pada masa yang sama, dia perlu menjaga ibunya Puan Hani yang dilanda kesedihan.
Untuk menyelesaikan masalah keluarganya, Puan Hani menyuruh Inas berkahwin dengan Arif, seorang lelaki yang kaya. Tetapi malangnya, Arif seorang lelaki yang kasar dan suka menyakiti Inas. Dugaan sering menimpa Inas sehingga Arif dilaporkan terbunuh dalam suatu kejadian ngeri. Inas mula merasakan kebebasan tetapi kebebasan itu hanya sementara apabila Arif kembali dan sebenarnya dia tidak meninggal dunia.

Mesej romantis indah di saat yg ....Susah nak ckap...

Dapat mesej romantis dari orang tersayang mmg indah kaaannnn...tapi kalau pada saat yg tk tepat macam ni macam mana.....

Tekan readmore untuk ketahui aper yg saya maksudkannn....

Iklan pencegahan yang menakutkan - mmg gila

Kadang2 langkah pencegahan perlu di beritahu untuk mengelak kemalangan tapi ramai orang susah nak dengar nasihat atau terima pendapat...Di kanada ada iklan untuk nasihat pencegahan ..

iklan yang mmg giler dan menakutkan sangaattt..

Korang tak caya  ...tekan readmore tengok sendiri iklan tersebut...budak bawah umur sila jgn tengok...sya ulang ......JANGAN TENGOOOKKKKKK...


ilmu ghaib dijual di Ebay - Dasyat



Saper nak belajar ilmu ghaib,...Sekarang ni zaman moden..tak payah dah nak panjat gunung ,terjun gaung ,bertapa bulan2 dalam gua untuk belajar ilmu ghaib....Sekarang ni kat ebay pon ada jual ilmu ghaib...

Korang percaye ker tak ni...

Kalau tak percaya tekan readmore untuk tengok iklan ilmu ghaib di ebay tu sendiri..


Bayi 9 bulan kena tatu - tergempar



Seorang ibu penduduk New York, Franny Trokerns ditahan selepas  pengasuh bayinya membuat laporan kepada pihak berkuasa. Dia bekerja sebagai penari bogel di sebuah bar tempatan. Pada suatu malam, dia yang sedang mabuk membenarkan teman lelakinya Derrek Honsteads (seorang pelukis tatu) mentatu bayinya yang berusia 9 bulan..


Betul Ke Tak Betul ni...
Aper kata orang..


Cer komen sikit...


Tekan readmore untuk (gambar) tengok baby kena tatu



Pokok kelapa yg pelik 3 dalam 1– Baik punyer..



Pokok kelapa yg berbuah nangka ,pisang  dan buah kelapa sendiri…
untung la kalo ada pokok yg boleh dapat buah macam ni kaannnn..
Jimat tanah, baja dan jugak jimat Tanah..
Hehheheeh
Amacam ..boleh caya ker tak ni……ape pendapat koraang…Cer komen cket….
tekan readmore untuk tengok gambar pokok kelapa yg pelik
LAayyyyyaannnnnzzzz

Penyanyi Westlife diisytihar bankrap




Walaupun rekod kumpulannya terjual 45 juta unit di seluruh dunia, seorang daripada anggota Westlife diisytihar bankrap, lapor media semalam.
Penyanyi Shane Filan, 32, mengalami nasib malang apabila empayar hartanahnya runtuh dan menanggung hutang 18 juta (RM89.2 juta).

Bercakap kepada media, Shane berkata, dia berusaha mengurangkan hutangnya tetapi terpaksa akur apabila cubaannya gagal.
Mengesahkan berita itu, artis kelahiran Ireland itu berkata, dia berunding dengan beberapa pakar kewangan untuk mencari penyelesaian.

“Semua cubaan itu gagal,” katanya.

Untuk sementara ini, kata Shane, dia akan memberikan tumpuan kepada siri jelajah terakhir Westlife yang sedang berlangsung.
Selepas itu, katanya, dia akan memberi fokus kepada membina semula hidup bersama isteri dan tiga anak mereka.

Sebelum krisis ekonomi melanda, Shane dan abangnya, Finbarr, meminjam beberapa juta pound dari bank di Ireland bagi membolehkan syarikat mereka membangunkan 90 rumah mewah di Dromahair.
Bagaimanapun, hanya separuh daripada rumah itu berjaya disiapkan dan kebanyakannya terpaksa dijual pada harga lebih rendah daripada kos. 

SHARE THIS

Blog Archive