Pengikut Boyzzonne

Friday, October 12, 2012

Datuk Siti Tak Kecil Hati Baju Dikutuk


Masih lagi bercerita mengenai Anugerah Blockbuster anjuran Astro pada malam Sabtu yang lalu.
Kalau golongan artis hadir ke satu-satu majlis yang dihadiri oleh orang ramai, pastinya penampilan diri mereka akan diperhatikan dari atas sampai ke bawah.
Yang paling hangat diperkatakan sekarang ini adalah tentang
seorang pelakon wanita, Nabila Huda yang tampil seksi pada malam acara itu berlangsung.
Macam-macam kata dilontarkan kepada diri Nabila.
Keadaan sama juga diterima oleh penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza dalam acara tersebut.
Laman Twitter menjadi panas apabila ramai pihak mengutuk cara Siti berpakaian yang tidak ubah seperti kanak-kanak.
Bertemakan ‘Color Blocking’ Siti tampil dengan pakaian yang lain dari lain.
Disebabkan penampilan itu, Siti telah mengejutkan ramai pihak.
Pun begitu, Siti tidak berkecil hati kerana dia berfikir sudah menjadi adat dalam dunia seni dirinya dikeji dan dikutuk.
Mengambil pendekatan yang menyenangkan hati, Siti membalas setiap Tweet dengan balasan yang gembira dan melucukan.
Apa-apa pun, Siti tidak berkecil hati dengan sesiapa sahaja yang mengutuk penampilannya.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive