Pengikut Boyzzonne

Saturday, October 20, 2012

Yuna ungguli carta Anugerah Shout!


KUALA LUMPUR: Penyanyi muda, Yunalis Zarai mengungguli carta pencalonan bagi Anugerah Shout! apabila dia berjaya disenaraikan dalam lima kategori pada kali ini.

Dia yang lebih dikenali dengan nama Yuna dicalonkan menerusi Anugerah Penyanyi Popular, Vokal Terbaik, Anugerah Video Muzik Siri TV Terbaik dan ‘ Wired Celebrity Award’.

Pelakon komedi Zizan Razak pula berada di
tangga kedua apabila tercalon dalam empat kategori menerusi lima pencalonan iaitu Anugerah Flava melalui Filem KL Gangster bersama Aaron Aziz dan program Raja Lawak musim keenam, Personaliti TV Kegemaran serta Anugerah Lelaki Kacak. Majlis pengumuman pencalonan untuk 18 kategori

Anugerah Shout! terbabit menyaksikan dua kategori baru diperkenalkan iaitu ‘Wired Celebrity Award’ dan ‘Shout! Aloud Award’ berdasarkan kepesatan media sosial seperti twitter, facebook dan Instagram.
Peminat boleh mengundi artis kegemaran mereka menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS), dengan menaip SHOUTdan hantarkan ke 33399 atau melalui laman sesawang www.shoutawards.com.my sehingga 22 November ini.

Anugerah Shout! kali ketiga itu akan disiarkan secara langsung di saluran 8TV pada 23 November di Surf Beach @ Sunway Lagoon pada jam 8.30 malam.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive