Pengikut Boyzzonne

Tuesday, January 15, 2013

Misteri | Rumah hangus dijilat api Misteri


KEMAMAN - Sebuah rumah milik seorang peniaga makanan di Kampung Beris Nenas, Kijal dekat sini hangus terbakar tengah hari semalam dipercayai berpunca daripada kemunculan api misteri sejak Khamis lalu.
Pemiliknya, Alias Ahmad, 43, mendakwa, tragedi malang itu
berlaku pada pukul 11.30 pagi apabila api misteri itu membakar hangus rumahnya dalam masa 15 minit.
Lebih mencetuskan misteri ialah api tersebut muncul secara tiba-tiba dari arah bilik air rumah peniaga makanan berkenaan.
"Api misteri itu merebak dan membakar keseluruhan rumah dengan begitu cepat sekali sehingga menyebabkan saya sekeluarga panik.
Menjelaskan lebih lanjut, Alias berkata, dia mula berasa tidak sedap hati apabila mendapati api misteri muncul pada pukul 5 pagi Khamis lalu dan membakar apron yang diletakkan di dapur.


sumber kosmo

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive