KELANTAN VS SIME DARBY
1-0
SHAH ALAM - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyertai Johor Corporation (JCorp) sebagai pemegang saham Massive Equity Sdn Bhd (MESB) dengan memiliki 51 peratus dari pegangan Melati Asia Holdings Limited (MAHL).
Sebelum ini, MESB mengumumkan hasrat mengambil alih keseluruhan perniagaan dan pengurusan KFC pada harga tawaran RM4 sesaham dan RM1 bagi setiap unit waran.
Selain itu, MESB juga mengemukakan tawaran bersyarat untuk mengambil alih kesemua perniagaan dan pengurusan QSR pada harga tawaran bersamaan RM6.80 sesaham dan RM3.79 setiap unit waran.
Sumber : Sinar harian
Syarikat pembekal enjin pencarian Internet, Google Malaysia memperkenalkan Chrome Web Store, yang kini boleh disertai oleh pembangun aplikasi tempatan bagi memperkenalkan produk masing-masing pada orang ramai menerusi Google Chrome.
melalui Chrome Web Store, pembangun aplikasi seperti syarikat perniagaan boleh menyediakan aplikasi tersendiri bagi membolehkan pengguna menggunakan perkhidmatan mereka dengan lebih mudah.
“Melalui pengenalan ini, ia memudahkan pengguna tanpa perlu melayari laman web sedia ada yang kadang kala agak rumit serta melibatkan proses yang panjang.
kebanyakan aplikasi yang terdapat di dalam Chrome Web Store itu boleh dimuat turun secara percuma oleh orang ramai.
Menurut beliau, aplikasi oleh pembangun tempatan bukan sahaja boleh digunakan oleh rakyat di negara ini tetapi juga terbuka kepada pengguna di setiap pelosok dunia.
Bagi menggunakan aplikasi tersebut, orang ramai terlebih dahulu perlu muat turun Google Chrome di laman web http://google.com/chrome sebelum mereka melayari Chrome Web Store
Sumber : utusan.