Pengikut Boyzzonne

Thursday, September 30, 2010

Doktor Dan Pesakit

Seorang lelaki berusia dalam lingkungan 50-an menemui doktor utk meminta nasihat dari doktor tersebut tentang bagaimana utk hidup hingga 100 tahun.

''Encik merokok?'' tanya doktor.
''Tidak...'' jawab lelaki itu.
''Berjudi? bersukan? Main kuda?..
''Juga tidak.''
''Mengambil alkohol? main perempuan?'' tanya doktor tu lagi.
''Tidak, saya tak pernah melakukan semua itu.''
''Kalau dah gitu... Apalah gunnya nak hidup sampai 100 tahun?''

Katak hijau (Oh katak)


Fatin dan Tina yang tersesat ketika mendaki Gunung Ledang, telah terjumpa sebuah gua semasa mereka merayau-rayau untuk mencari jalan keluar. Fatin dan Tina pun masuk ke dalam gua itu.
Baru nak masuk, tiba-tiba muncul satu lembaga hitam dan berkata dengan suara yang sangat kuat.
Kata suara itu.... jeng jeng jeng......

''Heiiiii....manusia!!!!!!!!! Akulah penjaga gua ini. Hati-hati kalau masuk gua ni, sebab dalam gua ni ada katak hijau, nanti kau dapat suami tak hensem. Hahahahhaahahahaha!!!''

Selepas berkata demikian, Zuupppp.... lembaga itu terus lenyap. Entah apa bala, sewaktu berjalan dalam gua tersebut, tiba-tiba........

KROOOONGGGG!!!!
Fatin telah terpijak seekor katak hijau. Maka menjeritlah katak hijau tu..

Sempena Hari Valentine's, 14 Feb 2007 lalu. Fatin dan Tina pun dikahwinkan dengan lelaki pilihan keluarga masing-masing. Suami Fatin punyalah tak hensem (jongos habis). Tapi suami Tina hensem sangat-sangat. Macam Hans Isaac.

Fatin tak puas hati, lalu Fatin pun bertanya kepada suami Tina.
Kata Fatin...
Dia lebih cantik daripada Tina, berganda-ganda lebih cantik, tapi kenapa awak kahwin dengan Tina??
Jawab suami Tina....

''NAK BUAT MACAM MANA???? DULU SAYA PUN TERPIJAK KATAK HIJAU TU.......!!!!!!!''

HARI JADI


Seorang lelaki dengan tergesa-gesa telah pergi ke sebuah kedai kek untuk memesan sebiji kek sempena hari jadi isterinya.

''Apa yang nak ditulis diatas kek hari jadi ni Encik,'' tanya seorang gadis yang bertugas dikaunter.
''Mmm...Tulis je 'Sayang tidak bertambah tua' di bahagian atas, kemudian ' sayang bertambah cantik' dibahagian bawah,'' katanya.

Esoknya,lelaki tersebut datang mengambil kek yang ditempah itu dan terus membawanya pulang ke rumah untuk dipersembahkan pada isterinya yang tersayang, dalam satu majlis yang gilang-gemilang. Ketika kek itu dibuka di depan isteri,anak-anak dan 50 orang tetamu undangan, lelaki itu terus pengsan. Kemudian, isteri lelaki itu pula pengsan kerana di atas kek itu tertulis perkataan.........

'SAYANG TIDAK BERTAMBAH TUA DI BAHAGAN ATAS , CUMA BERTAMBAH CANTIK DIBAHAGIAN BAWAH.'

Wednesday, September 29, 2010

''BERAT BERSIH 50 KG''

Disebuah kampung yang terpencil di sebuah Negeri, tinggallah seorang lelaki miskin bersama dengan ibunya. Lelaki miskin tersebut ingin melangsungkan perkahwinannya dengan gadis sekampung, tapi malangnya... Kesemua pakaiannya koyak dan bertampal-tampal. Malah seluar dalamnya pun berlubang-lubang kerana terlalu lusuh.

Kasihan melihat keadaan anak bujangnya itu, si ibu pun membuatkan sehelai seluar dalam dengan menggunakan guni beras. Pada malam pertama selepas dinikahkan, isteri lelaki tersebut telah mati terkejut sebab terpandang kat seluar dalam suaminya itu tertulis.... ''BERAT BERSIH 50kg''...........

huahhhh,huahhhh,huahhhhh.....

SHARE THIS

Blog Archive