Pengikut Boyzzonne

Sunday, January 29, 2012

60 Peratus Remaja Malaysia Hilang Dara Menjelang Umur 18 Tahun!

KUALA LUMPUR: Pengajaran dan peringatan buat ibu bapa apabila seorang gadis mengaku melakukan hubungan seks sehingga lima kali seminggu dengan teman lelaki seusia di rumah kedua-dua keluarga mereka ketika masing-masing baru berusia 14 tahun.
Lebih mengejutkan, Azy, kini berusia 16 tahun, mengaku pernah ‘tidur’ dengan lapan lelaki sepanjang dua tahun terbabit dalam hubungan terlarang itu.
Menurut gadis berasal dari Pantai Timur itu, kali pertama dia melakukan seks di rumah teman lelaki seusia dengannya dan sejak itu sering melakukannya apabila ada kesempatan.
“Dalam seminggu, boleh dikatakan empat hingga lima kali saya melakukan hubungan seks dengannya.
“Lokasinya juga tidak tentu. Oleh kerana saya tinggal berdua di rumah nenek, ada masanya saya bawa teman lelaki pulang atau melakukannya di rumah teman lelaki apabila ibu bapanya tiada,” katanya ketika ditemui Metro Ahad.
Azy berkata, sejak mengenali seks pada usia 14 tahun, lapan lelaki ditiduri untuk memuaskan nafsunya.
Katanya, sebagai pelajar yang sering ponteng dan melepak bersama rakan, bertukar teman lelaki adalah kebiasaan.
“Bila sudah tidak suka teman lelaki pada masa itu, saya cari yang lain dan tak susah mendapat teman baru.
“Cukup dengan menawarkan diri untuk ditiduri, senang-senang saya dapat teman baru,” katanya yang melahirkan anak tidak sah taraf, baru-baru ini.
Walaupun sering bertukar pasangan dan melakukannya dengan rakan rapat lain, Azy mengakui tidak pernah hamil anak luar nikah, dan ini kali pertama dia mengandung hasil hubungan dengan teman lelakinya yang tinggal berjiran.
“Sejak pertama kali tahu mengenai seks, kami tidak pernah guna kondom atau pil pencegah hamil. Saya juga tidak pernah terfikir akan hamil kerana hanya tahu seronok melakukannya,” katanya.
Menurut Azy, sebelum disahkan mengandung, ibu bapanya tidak tahu dia terbabit dalam gejala sosial dan antara pelajar bermasalah di sekolah.
Katanya, oleh kerana melakukannya bersama rakan lain, setiap perbuatan dilaporkan berjaya dirahsiakan daripada pengetahuan keluarga.
“Biasanya, bila saya ditahan polis seperti bergaduh atau cikgu mengadu kepada ibu bapa… kawan menjadi penyelamat.
“Saya dan rakan berpakat untuk mereka cerita lain hinggalah ibu bapa kami percaya kami tidak bersalah. Sama seperti bila ditahan kerana bergaduh, kami berpakat bahawa kami bergaduh untuk mempertahankan rakan yang dibuli pelajar lain,” katanya.
Menurut Azy, dia disahkan hamil ketika pemeriksaan di klinik selepas neneknya mengadu mengenai perbezaan bentuk tubuhnya kepada ibunya.
“Sebenarnya, keluarga tak tahu saya terbabit dalam perlakuan tidak bermoral kerana di rumah, saya lebih banyak mendiamkan diri dan membantu keluarga bila disuruh melakukan kerja rumah.
“Semua perkara buruk itu saya buat bila ponteng sekolah dan keluar pada waktu malam,” katanya.
Mengakui terkenal sebagai antara pelajar bermasalah kerana kerap ponteng dan bergaduh hingga beberapa kali ditahan polis, Azy turut mengakui sering bersembang dan menonton cerita lucah dengan rakan lain.
“Asalnya, saya bersama teman lelaki dan rakan hanya bersembang mengenai perkara lucah. Namun, lama-kelamaan ia bertukar menjadi tabiat.
“Ada antara kami mengaku pernah melakukan seks dan mengajak rakan lain mencubanya. Bermula daripada situ, kami belajar mengenai seks selain kerap bertukar video lucah,” katanya.
Laili Qalid (bukan nama sebenar), 20, pula tidak menyangka akan hamil selepas kali pertama melakukan hubungan terlarang dengan teman lelaki.
Dia yang juga berasal dari Pantai Timur melahirkan anak di rumah teman lelakinya di ibu negara tanpa diketahui ahli keluarga lain.
Bagaimanapun, bayi pasangan itu berjaya diselamatkan selepas beberapa jiran yang terdengar jeritan bayi menghubungi ambulans yang terpaksa memecah masuk rumah berkenaan bagi menyelamatkan bayi terbabit.
“Saya hampir tidak sedarkan diri ketika itu dan hanya melihat teman lelaki menyambut kelahiran bayi kami, malah dia tidak ubah seperti bidan sebelum memotong tali pusat bayi.
“Hanya Tuhan tahu perasaan saya ketika itu kerana nyawa bagai di hujung tanduk, maklumlah hanya kami di situ dan tiada pengalaman menyambut kelahiran.
“Saya tidak sangka keseronokan sementara yang diperoleh ketika melakukan hubungan terlarang, walaupun hanya sekali, bakal membawa derita sepanjang hidup, malah kami mungkin tidak disatukan kerana mendapat tentangan keluarga,” katanya yang melahirkan anak, 24 April lalu.
sumber : Mymtero online
menurut sumber lain
Hasil kajian melibatkan 2,800 responden berusia dari 15 hingga 25 tahun yang dijalankan pada 2010 dengan portal YouthSays.com menunjukkan 60 peratus remaja Malaysia hilang dara menjelang umur 18 tahun.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak 24 peratus daripada mereka mengaku pernah mengadakan hubungan seks dengan lima kekasih.

Stim Terlampau Hingga Gigit Buah Zakar Kekasih

Seorang wanita mengaku menggigit buah zakar teman lelakinya, diberikan amaran akan dipenjara. Maria Topp, 44, dari Wreckenton, Gateshead, Tyne and Wear, mengaku bersalah membawa kemudaratan tubuh badan yang tidak terperi sakitnya di Mahkamah Newcastle Crown. Beliau telah menggigit buah zakar Martin Douglas teman lelaki yang dikenali sejak lima tahun lalu setelah terlibat dalam pergaduhan akibat mabuk di sebuah flat pada bulan February.
Dia yang ditawarkan ikat jamin akan dihukum penjara bulan depan. Mr.Douglas seorang DJ telah dibawa ke hospital Newcastle setelah membuat panggilan 999 dan memerlukan pembedahan kecemasan selepas serangan tersebut.
Maria Topp telah dibicarakan oleh juri Mahkamag Crown Newcaste atas tuduhan mendatangkan kecederaan terok dengan niat yang boleh membawa hukuman penjara seumur hidup. Beliau mengaku bersalah dan selepas rayuan dikemukakan pertuduhan mungkin dipinda yang hanya membawa hukuman 5 tahun penjara.
Mahkamah menangguhkan hukuman sehingga 11 November, Maria Topp dibenarkan ikat jamin bersyarat. Hakim berkata “kedua-dua pasangan telah menjalinkan hubungan selama lima tahun, mereka telah berpisah berkali-kali dan kembali semula menjalinkan hubungan, telah berlaku beberapa kali pergaduhan dan polis telah dipanggil beberapa kali dan pada hari kejadian dalam keadaan mabuk, telah berlaku pertengkaran dan Ms Maria Topp telah menggigit buah zakar Mr.Douglas dan menyebabkan kecederaan.Saya mempunyai beberapa pilihan dan antaranya memenjarakan anda”. -

Video Wanita Tayang Tetek Setelah Putus Cinta Dengan Kekasih

Seorang wanita china sanggup tayang tetek atau lebih sopan dipanggil payudara di laman youtube setelah putus cinta dengan kekasihnya sendiri. Menurutnya, dia kecewa dengan lelaki tersebut kerana meninggalkannya kerana isu saiz payudaranya yang kecil.
Oleh itu, dia nekad membuat pembedahan payudara untuk membesarkannya. Setelah itu, dia memuat naik video payudaranya yang baru itu di youtube untuk ditonton kepada kekasihnya. Mari lihat mesej yang ingin disampaikan.
Ng ga ching, Anda lelaki murah! kamu selalu mengeluh bahawa payudaraku yang seukuran AA dan terlalu kecil! Dan kau membuang aku kerana itu?Hari ini, 3 bulan setelah putus, aku ingin menunjukkan sesuatu. Sekarang, perhatikan, saya memiliki payudara ukuran C! Jangan menyesal, dan saya yakin kau pasti menginginkan aku lagi bukan? Tapi maaf, kamu tidak punya kesempatan lagi. Aku tidak akan sudi melihat kamu lagi dan aku tidak akan PERNAH membiarkan kamu menyentuh payudara saya yang kini mempunyai ukuran C .Ng Ga Ching, kamu boleh mengatakan saya adalah seorang murahan atau apapun tapi kamu tidak boleh mengatakan bahawa payudara saya kecil lagi. Lihatlah payudara saya, Kini lebih besar!

SHARE THIS

Blog Archive