Pengikut Boyzzonne

Sunday, July 15, 2012

Pelajar kena rompak di Kaherah Maut terjun Van - Cobaan selamat diri gagal


Ketika berada di hospital, arwah sempat memeluk saya walaupun percakapannya sudah tidak jelas. Sudah enam tahun kami kenal rapat dan saya terpaksa menerima pemergiannya sebagai takdir.”
Demikian menurut Abdul Muhaimin Yahya, 25, mengenai kejadian menimpa rakan baiknya, Abdul Khafiz Mohamed Norok, 25, yang disahkan meninggal dunia selepas cuba menyelamatkan diri ketika dirompak di Kaherah, Mesir, awal pagi Rabu lalu.
peluk rakan sebelum ajal

Kedua-dua pelajar Universiti Al-Azhar itu berdepan detik cemas ketika menaiki sebuah van dalam perjalanan pulang ke kediaman mereka di Shoubra selepas menghadiri perjumpaan pelajar Malaysia di Abud di pinggir Kaherah, kira-kira jam 1.30 pagi.

Menurut Abdul Muhaimin, dia pada awalnya sudah mengesyaki ada sesuatu tidak kena apabila pemandu van terbabit membuat pusingan U selepas menaiki kenderaan terbabit.

“Sepatutnya tidak perlu buat pusingan U. Kami hanya berani naik van itu kerana ada satu keluarga bersama bayi turut sama dan menganggap mungkin ia selamat.

...................................................................................................
Baca yang lain






100 rentung cuba cedok minyak tumpah dari lori



Lebih 100 orang yang cuba mengambil minyak petrol daripada sebuah lori tangki yang terbalik, maut apabila kenderaan itu disambar api.
Wanita dan kanak-kanak merupakan antara mangsa yang rentung. Sementara berpuluh-puluh yang lain mengalami kecederaan serius. Sebelum itu, pasukan tentera memberi amaran bahawa kebakaran boleh berlaku bila-bila masa sahaja.
Lebih 85 orang mangsa kemudian dikebumikan dalam satu kubur.
"Lori tangki itu terbalik kerana cuba mengelak tiga buah kenderaan dari arah bertentangan," jelas Ketua Suruhanjaya Keselamatan Jalan Raya Persekutuan, Kayode Olagunju.
Tidak lama kemudian, beratus-ratus penduduk tempatan di Ahoada memenuhi lokasi kejadian untuk mencedok minyak yang tumpah. Kebanyakan mangsa yang mati ialah pemandu teksi motor, dikenali sebagai Okada.
Beberapa buah jengkaut dibawa untuk menggali kubur besar untuk mengebumikan mangsa yang mayat mereka rosak teruk dan sukar untuk dikenal pasti atau diangkat ke tempat lain. Menilai kepada tahap kecederaan mangsa yang dirawat di hospital, jumlah kematian mungkin akan terus meningkat.
Kebocoran minyak dan kemalangan lori tangki sering berlaku di negara Afrika yang kaya dengan hasil minyak itu. Pada Oktober 1998, lebih 1,000 orang maut di Jesse, negeri Delta apabila sebuah paip saluran minyak meletup ketika orang ramai sibuk hendak mencuri minyak 
.......................................................
Baca yang lain

Bekalan air di Lembah Klang Dicatu - Krisis air Di selangor


RUSLAN Hasan (dua dari kiri) mengagihkan bekalan air mineral kepada penduduk Taman Sungai Besi Indah di Seri Kembangan dekat Kuala Lumpur 

Masalah bekalan air bersih yang dihadapi oleh lebih sejuta penduduk di sekitar Lembah Klang yang meliputi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sejak sebulan lalu kini bertukar menjadi krisis apabila mereka bakal berdepan catuan secara besar-besaran dalam masa terdekat.
Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Datuk Ruslan Hassan (gambar kecil) berkata, catuan tersebut melibatkan sebanyak 209,678 pemegang akaun terdiri daripada pemilik kilang, kedai dan rumah.
Catuan tersebut membabitkan empat kawasan utama iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya, Klang dan Hulu Langat.
Bagaimanapun, katanya, Syabas akan mengemukakan cadangan itu terlebih dahulu kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) pada minggu hadapan sebelum ia dilaksanakan sepenuhnya.
"Kita terpaksa mengambil langkah ini kerana paras air di beberapa kolam utama atau Loji Rawatan Air (LRA) turun secara mendadak akibat peningkatan permintaan oleh pengguna.
"Keadaan jadi tambah buruk apabila jumlah rezab bekalan air bersih di LRA sedia ada kurang dua peratus berbanding minimum 20 peratus yang ditetapkan.
"Sebenarnya krisis bekalan air telah mula melanda negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

................................................................
Baca cerita yang lain

SHARE THIS

Blog Archive