Pengikut Boyzzonne

Sunday, July 22, 2012

Rezeki nira kelapa RM3,000 sebulan


MAT NOR mengumpul air nira manis dari pokok kelapa bagi memenuhi permintaan pelanggan di daerah Pasir Puteh, Kelantan. Gambar kecil, air nira yang dijual.

Kehadiran Ramadan bukan sahaja memberi peluang kepada umat Islam untuk meningkatkan amalan bagi mendapat ganjaran pahala tetapi bulan ini turut dianggap rahmat yang melimpahkan rezeki berlipat kali ganda.
Seorang petani, Mat Nor Ismail, 64, dari Kampung Gong Kulim dekat sini yang memegang falsafah itu terus mengerah kudratnya melakukan kerja-kerja memotong mayang kelapa bagi memperoleh nira manis untuk dijual sebagai juadah berbuka puasa.
Walaupun usianya sudah lanjut selain bekerja dalam keadaan

Pegawai tentera udara AS hadapi 28 tuduhan salah laku seks


Seorang pengajar Tentera Udara Amerika Syarikat (AS) disabitkan kesalahan merogol, serangan seksual dan beberapa tuduhan skandal seks lain di pangkalan Texas, yang anggota tentera udara negara itu akan menjalani latihan asas.
Staf Sarjan Luis Walker tidak menunjukkan sebarang reaksi ketika keputusan juri tentera enam anggota membacakan keputusan di kamar mahkamah Pangkalan Tentera Udara  Lackland, lapormsnbc.com memetik AP.
Walker berhadapan dengan 28 tuduhan termasuk

Seorang pelatih kolej maut terkena renjatan elektrik di Kl Sentral

Seorang pelatih di sebuah syarikat swasta maut selepas terkena renjatan elektrik ketika melakukan kerja-kerja penyelengaraan di KL Sentral hari ini.
   
Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata pelatih berumur 20an dari sebuah kolej di Melaka maut kira-kira pukul 7 pagi tadi.
   
"Ketika kejadian, pelatih itu sedang melakukan kerja penyelenggaraan kabel elektrik di tingkat bawah bersama penyelia dan seorang lagi rakannya," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
   
Beliau berkata penyelianya yang berumur lingkungan 40-an itu dan rakan mangsa hanya cedera kerana sempat menyelamatkan diri.
   
"Penyelianya juga cuba menyelamatkan mangsa namun tidak berjaya," katanya.
   
Mangsa mati di tempat kejadian dan polis mengklasifikasikan kejadian sebagai mati mengejut, kata Wan Abdul Bari.
   
Beliau berkata mayat dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat, manakala penyelia dan rakannya dirawat di hospital yang sama. - Bernama

SHARE THIS

Blog Archive