Pengikut Boyzzonne

Monday, July 9, 2012

Lelaki dalam kereta Myvi tidur dalam kereta di tengah jalan

Gara-gara memandu dalam pengaruh alkohol seorang lelaki berusia 20-an tertidur dalam kereta yang dipandunya di tengah jalan utama ke Taman Selasih kira-kira jam 4 pagi semalam.

Polis dari Balai Polis Taman Selasih yang sedang membuat rondaan pencegahan jenayah bersama anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) dan Skim Rondaan Sukarela (SRS) ternampak kereta lelaki itu dalam keadaan mencurigakan.

Ketua Trafik Kulim, Asisten Superintendan Ismail Ayob berkata, memandangkan kereta jenis Perodua Myvi dipandu lelaki itu di tengah jalan, polis menjalankan siasatan lanjut dan menemui seorang lelaki sedang tidur.

“Apabila diminta menunjukkan kad pengenalan dan lesen memandu, lelaki itu terpinga-pinga dan mengaku dia mabuk.

"Polis telah mengarahkannya mengubah kenderaannya ke tepi jalan supaya tak mengganggu kenderaan lain dan memberi nasihat supaya tidak memandu dalam keadaan bahaya. Selain itu dia turut dikenakan saman

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive