Pengikut Boyzzonne

Wednesday, July 11, 2012

Shasha Elite Janda Lagi - Salyo Sah Cerai


Bekas anggota kumpulan Elite, Sasha Mohamad Saidin bergelar janda buat kali kedua apabila dicerai talak satu oleh suaminya, Salyo Priyanto Nutosoemarsono di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini semalam selepas dua tahun mereka hidup berasingan.
Sasha, 36, sebelum ini pernah berkahwin dengan seorang
lelaki Inggeris, Jason Skinner atau Johan Abdullah di London, England pada 2003 sebelum bercerai dua tahun kemudian tanpa dikurniakan anak.
Salyo, 37, yang merupakan penerbit dari Indonesia, melafazkan cerai terhadap Sasha di hadapan Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaluddin pada pukul 2.55 petang setelah mencapai persetujuan bersama.
Sejurus berakhir lafaz tersebut, Sasha dilihat menadah tangan sambil berdoa, sebelum memeluk ibunya dengan perasaan sebak manakala Salyo yang hadir bersama seorang rakan turut kelihatan sedih dan terus meninggalkan mahkamah.
Pasangan berkenaan mendirikan rumah tangga pada 10 November 2007 di Masjid Baitussalam, Duren Tiga, Jakarta Selatan dan dikurniakan seorang anak lelaki Adam Aryasenna Notoemarsono yang berusia tiga tahun.
Kakak kepada pelakon Zain Saidin itu memberitahu mahkamah bahawa mereka masih lagi tinggal serumah, namun tidur berasingan sejak dua tahun lalu.

Sasha (Elite) Enggan Dedah Punca Bercerai




No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive