![]() |
Suspek yang berjaya dicekup selepas dipercayai mencuri pakaian dan kuih bulan di sebuah pusat beli-belah terkenal. |
Semuanya terbongkar selepas tindakan wanita lingkungan 40-an itu yang
memasukkan barang jualan ke dalam beg dibawanya tanpa membuat pembayaran disedari pekerja pusat beli-belah itu.
Suspek dikatakan keluar dari premis itu sebelum memasuki restoran menjual kuih bulan terletak di dalam pusat beli-belah sama dan dipercayai turut mencuri makanan berkenaan dengan memasukkannya di dalam beg sandangnya.
Sumber polis berkata, wanita yang tinggal di USJ 11 berkenaan dikatakan cuba melarikan diri ke tingkat bawah apabila menyedari lima anggota polis bertugas memerhatikan gerak-gerinya.
Sebaik dicekup, polis menemui beberapa barangan termasuk seluar lace, pakaian, beg tangan dan beberapa kuih bulan dalam beg suspek yang kesemuanya bernilai RM700.
“Suspek ditahan untuk tindakan lanjut selepas berjaya dikepung pengawal keselamatan dan diserahkan kepada polis,” katanya.
Sementara itu, pihak pengurusan pusat beli-belah berkenaan berkata, pihaknya berbangga pengawal keselamatan yang bekerja secara efisien serta polis yang berjaya memberkas suspek.
No comments:
Post a Comment