Pengikut Boyzzonne

Wednesday, October 24, 2012

Jambatan Samarahan dibina

PENDUDUK Asajaya masih menggunakan perkhidmatan feri bagi menyeberangi Batang Samarahan untuk ke Kuching atau sebaliknya. - Gambar hiasan

SAMARAHAN - Projek pembinaan Jambatan Samarahan di sini yang bernilai RM100 juta dijangka bermula menjelang tahun depan.
Jambatan sepanjang 500 meter itu dibina bagi menggantikan perkhidmatan feri serta mempercepatkan perjalanan penduduk di Asajaya ke Kuching daripada sejam kepada 15 minit sahaja.

Ahli Dewan Undangan Negeri, Asajaya, Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, beliau telah menerima maklum balas positif daripada pihak atasan mengenai projek tersebut baru-baru ini yang pastinya dinanti-nantikan oleh penduduk di kawasan berkenaan.
"Projek tersebut merupakan usaha kerajaan dalam memastikan keselesaan hidup rakyat di kawasan berkenaan dengan memendekkan masa perjalanan penduduk yang berurusan di Kuching," katanya.
Perkhidmatan feri itu bermula sejak tahun 1979.
Beliau yang juga Menteri Muda Perumahan Sarawak sebelum itu merasmikan majlis penyerahan surat hak milik tanah bahagian Samarahan di sini semalam.
Abdul Karim berkata, cadangan pembinaan jambatan tersebut di lokasi bersebelahan Kampung Baru dan Kampung Sambir di sini.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive