perhatian masyarakat. Namun, Zarina memberitahu bahawa hasratnya melangsungkan perkahwinan bulan ini terpaksa ditunda.
“Memang saya ingin segera kahwin, tapi banyak perkara yang tidak dapat dielakkan. Jadi, kami sepakat menundakan tarikh tersebut.
“Saya berharap, perkahwinan ini sedikit sebanyak dapat mengelakkan daripada timbulnya cerita lain yang kurang enak lagi. Jangan kaitkan saya dengan mana-mana lelaki lagi selepas ini,” katanya yang mengakui bakal bermadu.
Enggan mendedahkan gerangan bakal suaminya, Zarina berkata, lebih baik sekiranya orang ramai tidak mengetahui siapa yang bakal menjadi suami nanti untuk mengelakkan sebarang masalah.
“Biarlah ia menjadi satu rahsia buat masa sekarang kerana saya ingin mengelakkan lebih banyak kontroversi lain,” katanya.
Sumber
No comments:
Post a Comment