Walaupun majlis akad nikah dan resepsi pengantin baru Liyana Jasmay, 25, yang lebih selesa dipanggil Nana, dan pasangannya Fathuddin Mazlan, 29 telah berlangsung dengan lancar dan meriah, namun masih ada perkara yang tidak sedap didengar mengenai majlis itu.
Majlis resepsi yang berlangsung sedikit lewat dari waktu yang ditetapkan dikatakan berpunca daripada
masalah yang berlaku ketika pengantin sedang bersiap untuk majlis resepsi.
Menurut sumber, Liyana sempat menangis kerana terkejut busana pengantin yang direka oleh Jovian Mandagie itu tidak menepati jangkaannya. Walau bagaimanapun, GUA telah mendapatkan penjelasan daripada pereka terkenal itu.
“Memang ada sedikit salah faham ketika Nana melihat gaun putih yang digunakan untuk bersanding kerana saya telah selitkan elemen surprise untuknya pada baju itu. Tidak ada masalah besar pun. Apabila saya terangkan pada Nana, baru dia faham dan akhirnya dia pun gembira dengan hasilnya”, ujar Jovian.
Tambah Jovian, dia gembira dapat berkerjasama dengan Liyana kerana pelakon itu tahu apa yang diingini. Jelas Jovian, tidak perlu memerah otak memikirkan rekaan busana pengantin Liyana.
“Nana beritahu dia ingin baju ala Cinderella. Jadi mudah untuk saya mereka baju tersebut agar karakter Nana yang lembut dan elegan menyerlah pada malam persandingannya”, tambah Jovian.
Ibu Liyana, Datin Habsah Simpon yang tidak tahu-menahu tentang insiden di bilik persalinan pengantin itu tidak terkejut apabila dimaklumkan anaknya menangis sebelum majlis bermula.
“Nana memang begitu. Kadang-kadang benda kecil pun dia akan tersentuh dan mudah menangis. Lagipun, kita semua maklum bahawa menguruskan dan mengadakan majlis perkahwinan ini terlalu banyak tekanan. Lebih-lebih lagi buat pengantin sendiri kerana itu hari yang paling bermakna untuk mereka”, kata ibu Liyana.
Liyana mengenakan baju rekaan Jovian Mandagie untuk majlis akad nikah dan resepsi. Bagi sesi memotong kek, Liyana tampil menawan dengan gaun kembang dengan tona merah jambu rekaan pereka Rizman Ruzaini.
Sumber
No comments:
Post a Comment