Pengikut Boyzzonne

Showing posts with label Bayi. Show all posts
Showing posts with label Bayi. Show all posts

Sunday, August 26, 2012

Charger Handphone tercucuk di belakang kepala bayi


Quingyuan- Swebuah pengecas telefon bimbit terpacak di belakang kepala seorang bayi selepas  dia terjatu dari katil  dan menghempap alat itu.

Bayi berusia setahu itu semakin pulih selepas pakar bedah mencabut alat itu dlam

Wednesday, August 8, 2012

Bayi koma Kembali sedar

DANIALL kembali sedar selepas koma lebih sebulan akibat pendarahan otak kesan dari hentakan kuat ketika dalam jagaan pengasuh.

ALOR SETAR – Tiada apa yang lebih menggembirakan hati seorang ibu apabila mendapati bayinya yang sebelum ini koma selepas mengalami pendarahan dalam otak dipercayai akibat

Tuesday, August 7, 2012

Gambar: Tempat Tidur Maut


 Aku menerima satu email berkaitan katil yang tidak sesuai dengan anak kecil di rumah, jangan ingat anak kecil kita adalah seperti anak kucing yang boleh menyelit-nyelit di ruang kecil. Sebagai ibubapa, silalah ambil langkah pencegahan awal dalam menjamin keselamatan anak-anak di rumah, jangan kerana KECUAIAN kita, kita menyesal buat selama-lamanya.

Seorang ibu mendapati anak tercintanya telah maut terbujur kaku dengan

Sunday, May 27, 2012

Mayat bayi dalam periuk


Mayat bayi dalam periuk
Mohd Noor menunjukkan kabinet di mana mayat bayinya, Asyraful Iskandar ditemui
dalam sebuah periuk.
BATU PAHAT – Sepasang suami isteri yang panik mencari anak hilang, terkejut dan bingung apabila anaknya ditemui dalam periuk di rumah mereka di Kampung Sri Ladang, Rengit, Jumaat lalu dalam keadaan tidak bernyawa.

Bayi malang berusia dua bulan itu, Asyraful Iskandar Mohd Noor, ketika ditemui polis, berada dalam periuk dalam kabinet dapur.

Bapa bayi itu, Mohd Noor Salleh, 58, berkata, pada hari kejadian jam 8 pagi, Iskandar tidur dalam buaian, malah dia sempat menjenguk anaknya sebelum keluar ke klinik.

"Pagi itu, sebelum ke Klinik Kesihatan Sri Merlong untuk ambil ujian tekanan darah, saya sempat menjenguk Iskandar.

“Bagaimanapun, sewaktu pulang ke rumah sejam kemudian, isteri kelam-kabut memberitahu Iskandar hilang dari dalam buaiannya," katanya.

Menurut Mohd Noor, isterinya, Zarinah Dahalan, 42, memberitahu, dia sedang membuai Iskandar dan bangun meninggalkan bayi itu seketika untuk memasak.

"Apabila isteri saya kembali ke buaian, dia lihat Iskandar tiada di situ," katanya.

Mohd Noor lantas memaklumkan kepada jiran untuk sama-sama mencari anaknya.

"Puas saya bertanya dengan semua  jiran dan mencari Iskandar di merata-rata tempat, namun tidak berhasil.

"Setelah menemui jalan buntu, saya buat laporan berhubung kehilangan Iskandar di Balai Polis Rengit pada hari sama jam 11 pagi," katanya

Menurutnya, sepasukan anggota termasuk pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat kemudian tiba di rumah sebelum memeriksa setiap bahagian.

“Semasa pemeriksaan lanjut dibuat, polis menemui Iskandar dalam periuk yang diletakkan dalam kabinet di bahagian bawah ruang dapur.

“Ketika itu bayi kami sudah meninggal dunia. Mayat Iskandar dihantar ke Hospital Batu Pahat untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, beliau mengesahkan kejadian berkenaan.

“Berdasarkan bedah siasat pada mayat Iskandar, tiada kesan mencurigakan ditemui dan polis mengklasifikasikan kes ini sebagai kematian mengejut,” katanya.

Dalam pada itu, Zarinah ketika ditemui Sinar Harian masih lagi trauma dan enggan ditemu ramah. Iskandar, anak bongsu pasangan berkenaan mempunyai seorang lagi abang berusia 15 tahun, namun dia tidak berada di rumah pada masa kejadian
kerana berada di sekolah.

Jenazah Iskandar selamat dikebumikan pada keesokan harinya.

SHARE THIS

Blog Archive