Pengikut Boyzzonne

Showing posts with label Cerita Pelik. Show all posts
Showing posts with label Cerita Pelik. Show all posts

Sunday, May 27, 2012

Ayam Disembelih sembilan hari tak mati


Kuasa ALLAH semua boleh jadi
Oon melihat keadaan ayam itu sebelum disembelih sekali lagi sambil diperhati
Esomuddin.
Kuasa ALLAH semua boleh jadi
Beginilah keadaan leher ayam berkenaan selepas disembelih sembilan hari lalu.
PENDANG – Sudah disembelih, tapi tidak mati. Begitulah tanda kekuasaan ALLAH di mana ayam sabung kacukan selasih yang disembelih oleh seorang penduduk kampung sekitar kawasan Bukit Raya Dalam dua minggu lalu, masih hidup.

Kejadian berlaku kira-kira 10 pagi apabila pemilik ayam, Esomuddin Idris, 40, menyembelih ayam itu untuk dijadikan juadah, namun selepas disembelih, ayam itu tidak mati walaupun urat mareh, leher dan pedal telah putus.

Menurutnya, dia tidak menyangka ayam sabung kacukan selasih yang diberikan rakannya dari Parit Buntar Perak itu mempunyai keistimewaan.

“Sudah sembilan hari disembelih, ayam itu tak mati-mati.

“Saya sembelih mengikut cara yang sepatutnya dan apabila sudah selesai saya keluarkan darahnya serta melepaskannya dengan harapan ayam itu akan mati.

“Saya terkejut, dua jam selepas itu ketika mahu untuk mengambil ayam terbabit, ia berjalan dan memanjat pokok seperti biasa bersama ayam lain,” katanya.

Esomuddin berkata, ayam itu kelihatan segar dan kuat walaupun ia tidak boleh makan dan minum kerana semua urat pada bahagian leher putus.

“Semua rakan-rakan serta penduduk kampung tidak ketinggalan melihat ayam terbabit sehingga ada penduduk yang meminta saya menjual ayam itu dengan harga RM10,000 namun saya tidak mahu menjual kerana bimbang disalahgunakan untuk tujuan khurafat.

“Hari ini (hari ke sembilan) saya sembelih ayam terbabit. Saya simpati keadaan ayam itu yang tidak boleh makan atau minum,” katanya.

Persiapan menyembelih ayam terbabit dilakukan seorang penduduk, Oon Md Hussin, 74. Oon berkata, dia membaca beberapa surah al-Quran, selepas itu barulah ayam terbabit mati serta-merta.

“Kejadian seperti itu pernah berlaku kira-kira 60 tahun lalu.

“Saya percaya bahawa kematian itu bukan terletak pada pisau.

“Kuasa ALLAH semua boleh jadi. Oleh sebab itu tiada yang mustahil kerana kita dan semua makhluk lain hanyalah hamba di dunia ini,” katanya.

Sementara itu, Sinar Harian cuba mendapatkan penjelasan mengenai perkara berkenaan daripada pegawai agama daerah Pendang, Syeh Ahmad Shukri Mohamed.

“Kejadian itu menunjukkan keagungan ALLAH SWT. “Ia dianggap pelik memandangkan jangka masa mati agak lama namun dari segi hukum, kita boleh makan ayam terbabit memandangkan kita sudah menyembelih mengikut syarat dan cara Islam,” katanya.

Tuesday, December 6, 2011

Pemancing terkejut temui HandPhone dalam perut ikan


GAMBAR menunjukkan Glen (kiri) dan Andrew memegang ikan kod yang menelan telefon bimbit.
WORTHING – Seorang ahli perniagaan yang kehilangan telefon bimbit selepas tercicir di tepi pantai terkejut selepas seorang nelayan menemuinya terdapat dalam perut seekor ikan kod seberat 11.34 kilogram, lapor sebuah akhbar semalam.

Ahli perniagaan tersebut, Andrew Cheatle menyangka telefon bimbit jenama Nokia miliknya akan hilang buat selama-lamanya di laut selepas tercicir dari poket baju seminggu lalu.
Namun, seorang nelayan, Trawlerman Glen, 45, menelefon teman wanita Andrew, Rita Smith, 33, dan mendakwa menemui telefon bimbit milik Andrew.
Setelah mendapatkan kembali telefon bimbit miliknya itu, Andrew menjemurnya dan didapati ia masih berfungsi.

Glen yang menemui telefon itu berkata: “Ikan kod adalah ikan yang tamak. Ia akan memakan apa sahaja.
“Ikan itu mempunyai kepala dan mulut yang besar.

“Saya pernah menemui cawan plastik, batu, sudu, bateri dan saya turut mendengar terdapat seseorang menemui gigi palsu dalam mulut ikan itu,” katanya. – Agensi







SHARE THIS

Blog Archive