Pengikut Boyzzonne

Showing posts with label Info Sukan. Show all posts
Showing posts with label Info Sukan. Show all posts

Sunday, November 18, 2012

Yusmira Trading 'lari' jadi penaja The Red Warrior

AZLAN (kanan) dan Mohd. Rafizi membaca laporan akhbar mengenai isu perpindahan Norshahrul ke Johor di pejabatnya di Kota Bharu 

PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) menerima tamparan hebat apabila salah satu penajanya - Yusmira Trading Sdn. Bhd. mengumumkan untuk menarik diri daripada menaja skuad The Red Warriorsitu dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.
Keputusan itu diumumkan sendiri oleh

Saturday, September 22, 2012

Drogba 'gembira' di Shanghai Shenhua


DIDIER Drogba menegaskan bahawa dia "benar-benar gembira" di China dan bercadang untuk memikirkan semula kontrak dua tahun setegahnya itu.
Bekas penyerang Chelsea yang berusia 34 tahun itu telah menyertai kelab Shanghai pertengah tahun ini.
Drogba telah menjaringkan lima gol dalam tujuh perlawanan sejak penampilannya di Liga Super China.
"Saya berharap saya mampu melakukan lebih

Friday, August 31, 2012

Dua pemain Penyu dihukum bawa perempuan balik hotel

MUSLIM (kanan) tidak mendapat simpati Butler ekoran masalah disiplin.

DUA pemain Terengganu, Ismail Faruqi dan Muslim Ahmad perlu melupakan hasrat mereka untuk meneruskan kempen Piala Malaysia musim ini bersama skuad Penyu ekoran masalah disiplin.
Ia selepas kedua-dua pemain didapati melanggar peraturan dan pulang ke bilik penginapan kira-kira pukul 3 pagi beberapa jam sebelum

Tuesday, August 28, 2012

Alahan makanan atau mangsa ilmu hitam?


KUALA TERENGGANU: Alahan makanan atau mangsa ilmu hitam?
Itu persoalan yang bermain di fikiran peminat bola sepak Terengganu selepas penjaga gol, Mohd Sharbinee Allawee diserang penyakit gatal seluruh badan secara tiba-tiba ketika

Friday, August 24, 2012

Jurugambar buat laporan polis terkena serpihan mercun

MOHAMAD GUSTIE (kiri) menunjukkan kesan letupan mercun sambil diperhati oleh beberapa anggota keselamatan yang bertugas di Stadium Negeri, Petra Jaya

BERANG akibat terkena serpihan mercun ketika aksi Piala Malaysia antara Sarawak dan Selangor di Stadium Negeri, Petra Jaya malam kelmarin, sekumpulan jurugambar membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching semalam, lapor MULLER ASEN.
Insiden balingan mercun oleh seorang penonton tidak bertanggungjawab ke arah sekumpulan jurugambar terbabit berlaku sebaik

Laman web Real tersilap siar profil Modric


MADRID - Real Madrid berdepan hari yang memalukan apabila profil Luka Modric (gambar) dipaparkan di dalam laman web kelab gergasi Sepanyol itu kelmarin yang turut menyenaraikannya sebagai sebahagian daripada pemain kelab berkenaan.
Hakikatnya, rundingan untuk membeli pemain itu dengan nilai £35 juta (RM172 juta) daripada Tottenham Hotspur masih belum

Wednesday, August 22, 2012

Kepulangan srikandi | Pandelela terima Pingat Johan Bintang Kenyalang

CERIA...Pandelela ceria diarak peminatnya dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching ke Bandaraya Kuching dan Astana Sarawak

KUCHING: Penerjun negara, Pandelela Rinong Phamg, 19, yang memenangi pingat gangsa di Sukan Olimpik 2012 disambut lebih 1,000 peminatnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, di sini, semalam.
Pandelela yang menaiki pesawat Malaysian Airline System (Mas) dari Kuala Lumpur, tiba pada tengah hari dengan ditemani bapanya, Phamg Joheng dan ibunya, Hartini Lamin.

Sambutan hebat itu sebagai tanda menghargai kejayaan yang

Wednesday, August 8, 2012

P.Pinang Beri Chong Wei Insentif RM100,000


KUALA LUMPUR – Kerajaan Pulau Pinang akan memberi anugerah insentif RM100,000 kepada pemain badminton nombor satu negara, Datuk Lee Chong Wei kerana memenangi pingat perak pada temasya Olimpik London semalam.
Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, insentif itu juga sebagai

Friday, July 6, 2012

Chong Wei terima pangkat Leftenan Komander Kehormat

Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei hari ini menerima pemakaian pangkat Leftenan Komander (Kehormat) Pasukan Simpanan Sukarelawan Tentera Laut Diraja Malaysia (PSSTLDM) oleh

Wednesday, May 30, 2012

BAM abai program pembangunan




BEKAS pemain beregu negara, Cheah Soon Kit berpendapat, kekurangan program latihan merupakan punca kegagalan skuad negara pada kempen Piala Thomas di Wuhan, China yang telah melabuhkan tirainya Ahad lalu.
Soon Kit berkata, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tidak sepatutnya menggunakan alasan yang sama setiap kali gagal pada kejohanan berpasukan itu dengan memberikan gambaran bahawa badan induk tersebut tidak memiliki barisan pemain berbakat.
Sebaliknya, Soon Kit menggesa BAM untuk mencari formula terbaik dan mengkaji semula program latihan barisan pemain negara.
Katanya, BAM sepatutnya merangka program latihan barisan pemain negara lebih awal bagi membentuk skuad yang benar-benar mantap bagi menghadapi kempen Piala Thomas kali ini berpandukan kegagalan pada edisi 2010 di Kuala Lumpur.
“Kita sudah mendapat pengajaran selepas kegagalan skuad negara pada Piala Thomas 2010.
“Sepatutnya, BAM menggunakan segala kelemahan yang dilihat dalam skuad negara ketika itu sebagai panduan untuk membentuk sebuah pasukan yang baik.
“Jadi, tidak sepatutnya BAM memberikan alasan yang sama setiap kali gagal pada Piala Thomas.
“Kita sebenarnya tidak pernah ketandusan pemain tetapi kita mungkin silap dari aspek program latihan yang dilihat penting bagi membentuk seseorang pemain berkualiti.
“Memang tumpuan lebih terarah terhadap persiapan Sukan Olimpik 2012 tetapi jika kita lihat sandaran utama ialah Datuk Lee Chong Wei (pemain perseorangan negara) seorang sahaja. Jadi, BAM boleh memberikan fokus terhadap pemain-pemain lain dengan program latihan yang ingin dilaksanakan.
“Apa yang saya boleh katakan, BAM perlu mencari penyelesaian terbaik bagi mengatasi masalah tersebut secepat mungkin kerana kita ada dua tahun lagi bagi membentuk sebuah pasukan yang kuat untuk kembali memberi saingan pada kempen Piala Thomas 2014,” kata Soon Kit.
Pada kempen Piala Thomas kali ini, skuad negara gagal melepasi sasaran yang diletakkan BAM untuk mara ke peringkat separuh akhir apabila tersingkir pada peringkat suku akhir.
Terdahulu, Soon Kit ditemui pemberita ketika majlis pengumuman senarai 12 pemain yang terpilih bagi program biasiswa badminton remaja Senheng-Samsung di ibu negara semalam.
Turut hadir, Pengarah Urusan Senheng Electric (KL) Sdn. Bhd., Lim Kim Heng, Pengarah Urusan Samsung Malaysia Electronics Sdn. Bhd., Kwon Jae Hoon dan Pengarah Urusan Akademi Badminton Looi, Jack Koh.
Menerusi program tersebut, 12 pemain yang berusia antara 13 hingga 19 tahun itu telah ditawarkan biasiswa pembelajaran dan latihan selama tiga tahun di bawah kendalian Akademi Badminton Looi sementara Soon Kit dilantik sebagai ketua jurulatih.
Mengulas lanjut, Soon Kit turut berharap agar BAM mengamalkan sikap terbuka dalam proses pemilihan pemain yang bakal menggalas cabaran skuad negara dalam mana-mana kejohanan terutama melibatkan acara berpasukan.
“Tidak semestinya, seseorang pemain itu berada di bawah naungan BAM, dia boleh dianggap bagus. Ini kerana, pemain-pemain yang bergerak secara bebas dan bernaung di bawah kelab-kelab badminton di luar juga tidak kurang hebatnya.
“Jadi, BAM perlu memantau perkembangan setiap pemain secara menyeluruh. Jika perlu panggil pemain-pemain luar menjalani latihan bersama BAM lebih awal bagi menjalani proses pemilihan.
“Tidak kira pemain itu di bawah naungan BAM atau tida, mereka perlu diberi peluang yang sama rata kerana mereka memberi sumbangan untuk negara,” jelas Soon Kit.
Sebagai rekod, Soon Kit merupakan salah seorang pemain yang membarisi skuad negara ketika menjulang Piala Thomas 1992 di Kuala Lumpur.

SHARE THIS

Blog Archive