Pengikut Boyzzonne

Showing posts with label Kes Tetak. Show all posts
Showing posts with label Kes Tetak. Show all posts

Wednesday, March 13, 2013

Rakan ditetak lepas perjanjian Kongsi Isteri


ALOR GAJAH - Seorang bekas banduan melakukan perjanjian gila dengan membenarkan rakannya mengadakan hubungan sulit dengan isterinya sendiri.

Lelaki berusia lingkungan 30-an itu membuat perjanjian itu selepas isterinya melahirkan anak luar nikah yang kini berusia lima tahun, hasil hubungan sulit dengan rakannya itu ketika

Friday, November 16, 2012

Warga Bangladesh cedera parah ditetak di Jalan Meru

Mangsa mendalami pendarahan teruk terbaring di lantai kedai makan di jalan Meru
KLANG - “Tolong bantu saya, saya sakit,” rayu seorang lelaki warga Bangladesh yang berlumuran darah ketika mendekati orang awam yang sedang minum di sebuah kedai makan di Jalan Meru, di sini awal pagi kelmarin.

Mangsa yang berusia 30-an kemudiannya jatuh terbaring di lantai dengan

Thursday, November 15, 2012

Mercun Berdarah | Tiga parah ditetak jiran


ALOR GAJAH: Kegembiraan satu keluarga menyambut Deepavali berakhir tragedi berdarah apabila tiga daripada mereka ditetak jiran dalam kejadian serangan di sebuah

Thursday, October 25, 2012

Guru pendidikan khas mangsa cemburu buta

SEORANG guru parah selepas ditetak dengan parang panjang oleh dua lelaki di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Sultan Mizan, Besut 

KUALA TERENGGANU – Seorang guru pendidikan khas sebuah sekolah rendah di Besut menjadi mangsa cemburu buta pihak tertentu apabila dia cedera parah selepas ditetak lebih 10 kali dengan parang panjang oleh dua lelaki yang menyangka mangsa menjalinkan hubungan sulit dengan

Tuesday, September 25, 2012

Tokey sparepart Mati ditetak selepas kahwin

KESAN darah masih jelas kelihatan di kaki lima tempat Kok Weng mati ditetak oleh
sekumpulan lapan lelaki selepas beberapa jam mangsa berkahwin di Johor Bahru

JOHOR BAHRU - Seorang peniaga barangan alat ganti yang baru beberapa jam berkahwin tidak sempat menikmati malam pertama apabila dia mati ditetak oleh sekumpulan lapan lelaki bersenjatakan parang dan bertopeng di Taman Mount

Thursday, August 30, 2012

(Gambar) Wanita ditetak hampir putus tangan di Kota Bharu

 KOTA BHARU - Seorang pembantu klinik swasta hampir putus pergelangan tangan kirinya selepas ditetak salah seorang daripada dua peragut di hadapan sebuah pusat jualan tudung di Jalan Sultanah Zainab di sini, hari ini.

Kejadian yang berlaku pada jam 1.30 petang itu berlaku ketika mangsa Rohaini Abdullah, 36, sedang berjalan kaki seorang diri di hadapan

Saturday, August 25, 2012

Ditetak Pedang samurai ketika beraya rumah ex gf


KUALA LUMPUR - Hajat seorang lelaki menziarahi bekas kekasihnya pada hari pertama Aidilfitri berakhir dengan mangsa nyaris kehilangan tangan kirinya selepas diserang dengan pedang samurai oleh kekasih baharu gadis itu.
Kejadian pada pukul 7.30 malam di sebuah rumah Flat Sri Melaka di sini pada Ahad lalu berlaku ketika mangsa yang berusia 46 tahun baru sampai ke

Saturday, August 11, 2012

Mat pakistan telefon bos lepas Cabut nyawa rakan baik


JITRA: Seorang lelaki warga Pakistan yang dalam kebingungan sempat menghubungi majikannya untuk memaklumkan dia baru saja membunuh rakan senegaranya ketika

Tuesday, August 7, 2012

Lelaki vietnam maut isteri koma parah ditetak


KAJANG – Seorang lelaki Vietnam maut manakala isterinya cedera parah selepas dipercayai diserang di rumah mereka di Jalan Dayang 52/8, Bandar Mahkota Cheras di sini kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab berkata, polis menerima maklumat mengenai kejadian tersebut pada

Wednesday, July 25, 2012

Remaja tak mahu puasa ,Tetak Kepala Emak


TELUK INTAN: Seorang pemuda berusia 19 tahun bertindak biadab dan kejam terhadap ibunya apabila menetak kepala wanita itu dengan parang sebelum mencekik mangsa sekuat hati hanya kerana berang selepas

Monday, July 9, 2012

Penamat sengketa orang tua berjiran - Mati ditetak kepala dan pinggang


Perbalahan antara dua warga emas yang tinggal bersebelahan sejak beberapa tahun lalu sampai ke kemuncaknya apabila salah seorangnya bertindak nekad menetak kepala dan pinggang jirannya hingga mati dalam kejadian di Kampung Changkat, Kampar kelmarin.
Kejadian pukul 9.30 malam itu mengakibatkan Wong Cheong Heng, 73, mati di situ selepas cedera parah di kepala dan pinggang ditetak oleh jirannya yang berusia 62 tahun.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, siasatan awal mendapati mangsa dan suspek yang tinggal berjiran sudah lama bertengkar.

Thursday, July 5, 2012

Kejam dan Ganas - Cincang muka Hancur di tetak Samseng


 Muka seorang pekerja hotel hancur akibat ditetak bertalu-talu oleh sekumpulan tiga samseng bersenjata parang sebelum mengheret mangsa berusia 20 tahun itu ke

Wednesday, May 30, 2012

Anak Dara Mengamuk

Warga emas maut ditetak gadis

Macam dirasuk

“Dia (suspek) bagaikan dirasuk. Walaupun melihat suami tidak berdaya dan berlumuran darah, dia terus menetak hingga kakaknya dan beberapa jiran datang menghalangnya.

“Ketika itu, mak cik tak dapat buat apa-apa kerana ditetak di kepala dan badan menyebabkan mak cik merangkak ke depan pintu dan menjerit minta tolong,” kata warga emas, Juriah Dimiyati@Demyati, 61, menceritakan kejadian menyayat hati di rumahnya di Kampung Parit Kerinchi, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 10.41 pagi itu, Juriah dan suaminya, Revuan@Reduan Harun, 73, hanya berdua di rumah sebelum tiba-tiba pintu depan rumah mereka ditendang suspek, wanita berusia 22 tahun yang juga jiran mangsa.

“Ketika itu, mak cik sibuk menyiapkan bahan untuk memasak di dapur, manakala arwah (suami) berehat di ruang depan sebelum kami terdengar pintu depan ditendang kuat.


“Sejurus kemudian, seorang wanita dalam keadaan tidak terurus meluru masuk dan menjerit meminta tolong.

“Saya dan suami memarahi kelakuannya kerana menyebabkan kami terkejut, namun dia tidak mengendahkannya lalu mencapai parang di kawasan berhampiran dan menyerang kami bertubi-tubi,” katanya ketika ditemui selepas mendapat rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini, semalam.



PERIKSA...anggota Unit Forensik polis memeriksa rumah mangsa.

                                               
                                                                                         

Nyawa nyawa ikan minta bantuan



“Sebaik tiba di rumah mangsa, saya melihat mak cik Juriah di depan pintu dengan darah terpancut keluar dari kepalanya sambil menunjukkan pak cik Reduan di dinding dapur yang meminta tolong dan dalam keadaan nyawa-nyawa ikan

Dalam kejadian pada jam 10.41 pagi itu, seorang warga emas, Revuan@Reduan Harun, 73, meninggal dunia di tempat kejadian selepas ditetak bertubi-tubi di badan dan kepala oleh seorang gadis berusia 22 tahun di rumahnya di Kampung Parit Kerinci di sini, semalam.


Isteri mangsa, Juriah Dimiyati@Demyati, 61, parah selepas ditetak di kepala oleh gadis terbabit yang tiba-tiba datang ke rumah warga emas itu.

Siti Aminah berkata, ketika kejadian, dia berada di dapur rumahnya kira-kira 200 meter dari rumah mangsa dan mendengar suara orang meminta tolong.


Menurutnya, jeritan meminta tolong itu berlarutan hampir 10 minit sebelum ibu saudaranya meminta dia melihat apa yang berlaku. Katanya, dia menunggang motosikal dan berhenti di depan rumah mangsa sebelum melihat Juriah berlumuran darah.



“Ketika itu, tiada orang lain di rumah melainkan pasangan warga emas itu dan pintu rumahnya terbuka.

“Saya melihat mak cik Juriah cuba berjalan ke pintu depan, namun keadaannya amat lemah.


“Mulutnya bergerak dan cuba berkata sesuatu, tetapi suaranya serak mungkin kerana terlalu lama menjerit meminta tolong,” katanya.

Siti Aminah berkata, terkejut dengan kejadian itu dia menghubungi ambulans yang tiba 40 minit kemudian.


RAWAT...Juriah ditemani ahli keluarganya di HPSF, semalam. 

RAWAT...Juriah ditemani ahli keluarganya di HPSF, semalam.
PERIKSA...anggota Unit Forensik polis memeriksa rumah mangsa.

SHARE THIS

Blog Archive