Pengikut Boyzzonne

Showing posts with label Politik. Show all posts
Showing posts with label Politik. Show all posts

Monday, October 1, 2012

Berani ‘turun ke gelanggang’

NAJIB (tengah) disambut meriah sebahagian daripada perwakilan Persidangan Perwakilan Nasional ke-41 Gerakan di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) harus berani ‘turun ke gelanggang’ untuk berjuang membela nasib rakyat walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran.

Friday, September 28, 2012

PAS Tipu Dakwa Genting Beli Saham FGVH


Mudah sungguh bagi Subky Latif membuat tuduhan di Harakahdaily bahawa Genting membeli saham FGVH. Mudah kerana ia tidak memerlukan fakta, angka dan bukti apa-apa untuk menguatkan tuduhan.
Siapa saja boleh menuduh apa saja malah kita juga boleh menuduh Subky Latif atau Hadi Awang ada membeli saham Genting dan kemudian melalut-lalut mengaitkan

Bajet 2013 Pakatan Rakyat Terbaik Di Dunia


HARI ini jelasnya penulis tidak cukup tidur. Puncanya kerana semalaman penulis mengkaji bajet bayangan 2013 Pakatan Rakyat yang dipersembahkan di Parlimen semalam. Berbeza dengan bajet-bajet bayangan sebelum ini, bajet 2013 adalah penting kerana ia akan dijadikan penanda aras kepada hala tuju kewangan negara jika

Thursday, September 27, 2012

SWP nafi terlibat sewa jet eksekutif


KUCHING - Parti Pekerja Sarawak (SWP) menafikan spekulasi yang mendakwa parti itu terlibat dalam urusan tempahan jet eksekutif yang dinaiki Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa pemimpin pembangkang ke

Tuesday, September 25, 2012

Jet Peribadi: Anwar Kata Ia ‘Tajaan’, Nurul Izzah Kata ‘Bukan Duit Rakyat’, Tian Chua Kata ‘Lebih Jimat’


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan jet peribadi yang dinaikinya bersama pimpinan pembangkang pertengahan bulan ini adalah ehsan ‘tajaan’ daripada seorang kenalan.
Tanpa mendedahkan identiti pemilik jet berkenaan, Anwar malah mengharapkan

Sunday, September 23, 2012

'Pantang' serah negara kepada pembangkang

NAJIB bersalam dengan ahli-ahli UMNO selepas perasmian Mesyuarat Perwakilan Berkelompok UMNO di Johor Bahru semalam.

JOHOR BAHARU - Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa masa depan negara adalah terlalu besar nilainya untuk diperjudikan dan adalah sesuatu yang disifatkan sebagai 'pantang' untuk menyerahkan negara ini kepada pembangkang.
Berucap kepada perwakilan UMNO Johor, Perdana Menteri yang juga

Tuesday, September 11, 2012

3 Petang Jadi PM – Punyalah Sombong Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Satu keinginan yang semua orang tahu tentang Anwar Ibrahim…..bukan keinginan yang itu la….tapi kemaruk sangat nak jadi Perdana Menteri (PM).
Dalam perjalanan politik Anwar yang awal, ramai menyangkakan dia akan memilih PAS sebagai platform perjuangan.
Namun, mana ada peluang nak

Sunday, September 9, 2012

VIDEO: Pengawal Peribadi Anwar Ibrahim Acu Pistol Pada Orang Awam


Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan isu pengawal peribadinya yang didakwa mengeluarkan sepucuk senjata api dalam satu insiden di Jasin, Melaka semalam untuk siasatan polis.
Bercakap kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini, Anwar berkata pengawal peribadinya itu memberitahunya bahawa lelaki berkenaan bertindak demikian kerana

Tuesday, August 7, 2012

Hairie Othman Gurau tak bertempat


Macam-macam hal bila kita terlalu taksub dengan penglibatan diri dalam arena politik. Dari level selebriti yang kita tahu mereka memang berbakat berseni, tak juga kurangnya bila

Tuesday, July 31, 2012

Lajim digugur Timbalan Menteri


Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah telah memberi perkenan membatalkan pelantikan Datuk Seri Panglima Lajim Ukim sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkuatkuasa serta-merta, demikian menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri hari ini.

Lajim pada Sabtu lepas mengumumkan peletakan jawatan sebagai anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Beaufort berkuatkuasa serta-merta.
Beliau bagaimanapun masih kekal sebagai anggota Umno.
Lajim yang mengumumkan peletakan jawatannya di Likas Jaya, dekat Kota Kinabalu, dilaporkan menyerahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk

Kontrak Duta Tudung Abby Abadi digugur

NAMA Abby Abadi kembali menjadi sebutan apabila melalui akaun Twitternya, dia mengumumkan kontraknya sebagai duta tudung syarikat Al-Humaira Comtemporary telah dibatalkan secara

Karpal singh: Hudud bukan inti manifesto Pakatan

Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh

KUALA LUMPUR - Pengerusi DAP Karpal Singh berkata hari ini sebarang cubaan Pas sekarang untuk memperkenalkan hudud di negara ini mencerminkan dengan

Wednesday, July 18, 2012

‘Mengapa tiada tindakan ke atas Papagomo’


Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar melahirkan kebimbangan kerana tiada tindakan diambil terhadap pengendali blogger pro-Umno termasuk Papagomo yang menurutnya menyebarkan

Friday, July 13, 2012

Che Hasnah nekad enggan rujuk


Seorang guru al-Quran, Che Hasnah Che Ahmad yang dicerai talak satu oleh bekas suaminya, Yahaya Ibrahim kerana perbezaan parti politik kelmarin bertekad tidak mahu rujuk semula dengan lelaki itu.
Menurut Che Hasnah, 61, dia lebih senang duduk sendirian daripada asyik bertengkar mengenai politik dengan Yahaya, 78.
“Saya dah tak nak kalau dia nak rujuk. Selepas bercerai, saya lebih senang untuk buat apa sahaja dan nak pergi ke mana sahaja yang saya suka.
“Ketika berkahwin dengannya dulu pun kami menetap di rumah saya dan saya akan terus tinggal di sini serta melakukan aktiviti yang saya buat dari dulu lagi iaitu mengajar al-Quran,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.
Dalam pada itu, Che Hasnah turut menyatakan bahawa dia ma

Nik Aziz kecewa - Kes cerai kerana fahaman politik

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kecewa  dengan laporan suami isteri warga emas di Pasir Mas bercerai selepas 15 tahun bersama akibat perbezaan fahaman politik.

Menteri Besar Kelantan itu menegaskan, dalam keadaan sekarang, politik bukan sahaja berlaku dalam

Saturday, June 16, 2012

Nizar mohon menghadap Sultan






IPOH - Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd. Nizar Jamaluddin (gambar kecil) semalam menghantar surat kepada pejabat Istana Besar, Johor Bahru bagi memohon perkenan menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.
Dalam surat yang dialamatkan kepada Setiausaha Sulit kepada Sultan Ibrahim, Jaba Mohd. Noah, Ahli Parlimen Bukit Gantang itu memaklumkan tujuan memohon menghadap itu ialah bagi menzahirkan permohonan maaf kepada baginda.
"Tujuan saya memohon menghadap baginda Sultan Johor ialah untuk mendapat perkenan menjelaskan kesulitan yang berlaku," katanya dalam surat dua helai yang salinannya difakskan ke pejabat Kosmo!Perak di sini.
Mohd. Nizar juga memohon perkenan untuk membawa beberapa sahabat beliau untuk bersama menghadap sekiranya mendapat keizinan baginda.

Tuesday, June 12, 2012

Siapa lebih hebat di Kelantan, BN atau Pas?


Menjelang PRU 13

KOTA BHARU - Gendang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) belum lagi dipalu, namun semangat politik orang di Kelantan sudah membuak-buak.
Buktinya, bendera-bendera politik berwarna biru pekat, biru muda, hijau dan sesekali diselitkan dengan putih-merah sudah digantung di sana-sini. Seperti kebiasaan juga provokasi bakar bendera lawan juga sudah mula kedengaran.
Sebagai sebuah negeri yang majoritinya Melayu-Islam, sudah pasti Pas dan Barisan Nasional (BN) merupakan dua parti yang menjadi sinonim kepada rakyat Negeri Cik Siti Wan Kembang.
Realitinya kewujudan PKR, MCA dan MIC di negeri hanya untuk melengkapkan sokongan dan ‘meraikan’ perjanjian di peringkat pusat.
Bercakap soal pilihan raya, topik yang kini berlegar di kedai kopi adalah mengenai calon!, ia seperti bermain ‘puzzle’, menyusun petak-petak yang akhirnya bercantum demi untuk mendapat kemenangan.
Bagi Pas, pilihan raya kali ini menjadi titik penting bagi meneruskan pemerintahan di negeri ini.
Kesediaan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bertanding seolah-olah memahami realiti beliau masih diperlukan untuk mengekal pemerintahan Pas di negeri ini.
Beliau dianggap sebagai benteng terakhir parti yang menjadi simbol berpadukan di kalangan ahli walaupun ada kalanya pendapatnya tidak sehaluan dengan pemimpin pusat termasuk Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Persoalannya, mampukah Pas mempertahankan 38 dari 45 kerusi Dun yang disandang sebelum ini memandangkan terdapat isu yang masih tidak mampu diselesaikan dengan baik seperti kemudahan bekalan air.
Ditambah pula dengan sesetengah wakil rakyat yang tidak menunjukkan prestasi yang memuaskan di peringkat akar umbi menyebabkan undi atas pagar mungkin beralih arah.
Pas tidak lagi boleh mengharapkan undi penyokong tegarnya semata-mata kerana trend pengundi kini berubah. Faktor personaliti calon kini diambil kira. Buktinya pada PRU 11, kerusi parlimen Machang dimenangi BN sementara ketiga-tiga Dun dikuasai Pas.
Bagaimanapun, pengumuman pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai sedikit sebanyak menaikkan imej Pas negeri walaupun keupayaan masih diragui sesetengah pihak.
Bagi Barisan Nasional, hasrat untuk menawan Kelantan bukan lagi angan-angan. Datuk Seri Mustapa Mohamed selaku pemegang teraju BN Negeri menyusun gerak kerja parti dengan menyasarkan untuk memperoleh 23 kerusi Dun.
Namun jika BN mengidamkan negeri ini, faktor luaran dan dalaman perlu diambil kira. Dalam soal dalaman, BN Negeri perlu memastikan caj keting tidak lagi wujud seperti mana sebelum ini yang menyebabkan BN tumpas sebelum berjuang.
Kebimbangan ini disuarakan oleh Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Ahmad Rithauddeen Ismail yang memberi peringatan kepada Umno supaya budaya ‘caj keting’ perlu dibuang sekiranya ingin menawan Kelantan.
Bagi faktor luaran, BN perlu meyakinkan rakyat bahawa parti itu bukan terlalu ‘kaya’ untuk rakyat sehingga merasakan ia hanya sesuai untuk golongan yang gah sahaja.
Rakyat Kelantan bukan mahu melihat parti yang eksklusif, tetapi parti yang mampu memperjuangkan hak lebih-lebih lagi perkara yang berkaitan dengan Islam.
Jika benteng itu mampu diruntuhkan, Umno sudah boleh membayangkan siapa Menteri Besar yang baru untuk dicalonkan!
 Sumber Sinar harian

Tuesday, June 5, 2012

Orang luar kagumi Malaysia



NAJIB (kanan) menyampaikan ucapan pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA - Ramai orang luar yang melawat Malaysia kagum dengan pelbagai kejayaan yang dicapai negara dan mereka dilihat seolah-olah memiliki persepsi yang sama sekali berbeza dengan realiti dalam negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata, banyak petunjuk dalam negara yang memberikan gambaran jelas mengenai kejayaan yang dicapai negara selaras dengan pelbagai inisiatif kerajaan.
"Rupa-rupanya wujud jurang antara persepsi dan realiti di Malaysia, bagi sesetengah negara, realiti itu lebih buruk daripada persepsi tapi bagi Malaysia persepsi nampak lebih buruk daripada realiti," katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di Dataran Perdana di sini semalam.

Sumber Kosmo

Sunday, May 27, 2012

Cara Semak Daftar Pemilih SPR online


Untuk membuat semakan daftar pemilih, boleh dilakukan melalui dua cara.
1. Cara semakan daftar pemilih melalui laman rasmi Suruhanjaya PilihanRaya (SPR).
2. Cara semakan daftar pemilih melalui SMS
slideshow3-220px
Taip SPRSEMAKNo.IC dan hantar ke 15888

Di laman web SPR juga, korang boleh membuat semakan isi rumah untuk memastikan kesemua ahli keluarga yang tinggal serumah tu didaftarkan di kawasan yang sama.  Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) juga telah mengambil inisiatif memaparkan data semakan pemilih yang meragukan di laman webnya setelah isu pilihanraya bersih dibangkitkan dalam Perhimpunan BERSIH baru-baru ini. 

Pastikan anda semak sebelum Pilihanraya supaya tak tersalah balik tempat mengundi bila Pilihanraya Umum ke 13 nanti!!!
Marilah mari, pergi mengundi, tunaikan kewajipan, pada negara!!
Masa depan negara? Kita penentunya...

Pakai baju PR ambil cek


Pakai baju PR ambil cek
Peneroka tegar pembangkang ini bersembang dengan Ismail (kiri) ketika hadir menerima
durian runtuh dengan memakai baju mempunyai logo PR pada majlis itu.
CHENOR - “Terima kasih atas pemberian durian runtuh ini tetapi kerajaan seharusnya berterima kasih juga kepada pembangkang kerana tanpa kami, kerajaan tidak mungkin berusaha memajukan nasib rakyat.”

Demikian kata seorang peneroka Felda Kampung Awah yang hadir menerima durian runtuh dengan memakai baju korporat putih mempunyai logo PKR, DAP dan Pas pada satu majlis, di sini.

Walaupun bersikap prejudis terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, peneroka berusia 50-an itu tidak sama sekali menyangkal bahawa Najib adalah seorang pemimpin yang prihatin dengan nasib rakyat memandangkan semua ahli keluarga menerima pembahagian durian runtuh itu.

Katanya, Perdana Menteri sendiri memberitahu bahawa durian runtuh itu adalah hak peneroka maka setiap peneroka perlu menerimanya.

“Saya mengambil durian runtuh ini tetapi tidak bermakna saya menyokong kerajaan. Saya tidak sekali–kali akan menukar parti pilihan (Pakatan Rakyat) memandangkan apa yang diperjuangkan pembangkang adalah sesuatu yang benar dan adil.

“Pemberian durian runtuh Felda ini saya anggap rezeki yang tidak boleh ditolak,” katanya ketika ditemui menerima cek durian runtuh fasa pertama bagi ketua keluarga bernilai RM5,000 bersama 466 peneroka lain dari Felda Kampung Awah dan Sungai Nerek, di sini.

Majlis disempurnakan Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Hal Ehwal Felda Pahang, Datuk Tan Mohd Aminuddin Ishak dan Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Abdul Muttalib.

SHARE THIS

Blog Archive