Pengikut Boyzzonne

Showing posts with label Selebriti. Show all posts
Showing posts with label Selebriti. Show all posts

Thursday, July 19, 2012

Aktress Terdedah Coli Di Karpet Merah


SEORANG aktress wanita di China, Sun FeiFei berdepan saat yang paling memalukan di Anugerah “Men of the Year 2011″ apabila gaun labuh yang dipakainya terlucut akibat dipijak selepas bergambar di karpet merah ahad lalu.
Ketika kejadian itu, Pelakon cina itu sedang berjalan di karpet merah bersama seorang Pengacara Televisyen yang dikenali sebagai Fang Ling. Mereka kemudiannya dipanggil untuk sesi fotografi ringkas di karpet merah itu.
Selepas bergambar,Sun terus berjalan dan tanpa disedari ketika bergambar beriringan, Fang Ling telah terpijak pakaiannya menyebabkan pakaiannya terlucut sehingga menampakkan colinya.
Tekan readmore kalau nak tengok gambar

Saturday, July 14, 2012

Jackie Chan Derma RM615,000 Kepada Mangsa Banjir Thailand


SEBAGAI tanda prihatin terhadap golongan miskin, pelakon Jackie Chan telah menderma sebanyak RM615,000 ($125 pounds) kepada mangsa-mangsa banjir di Thailand.
Menurut laporan Daily Express, bintang Hong Kong yang juga duta muhibah UNICEF (Tabung Kanak-kanak Bangsa-bangsa Bersatu) itu pernah melawat beberapa rumah kebajikan, tempat mangsa-mangsa banjir ditempatkan pada sekitar tahun 2011 dan awal tahun ini.
Pelakon tersebut telah menawarkan untuk membantu mangsa-mangsa tersebut menerusiJackie Chan Charitable Foundation setelah melihat beberapa penempatan yang hancur dan ingin memulihkan semula kawasan yang berkenaan.
Jackie yang berkongsi beberapa gambar di Internet berkata dia sanggup membantu golongan yang susah kerana dia juga pernah mengalami masalah hidup yang sama pada zaman kanak-kanak.
"Saya dibesarkan dalam keadaan yang sangat miskin dan perlu bekerja keras untuk mendapatkan sesuap nasi.
"Sekarang ini, saya mempunyai wang dan akan berkongsi dengan golongan yang susah," 

Cerita yang lain
6-Pelik! Ikan Serigala Bermata Tiga

Friday, July 13, 2012

Gadis Melayu musim ke-2 Nikah Pengerusi Umno Pulau Pinang


Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman akan mengakhiri zaman dudanya hari ini apabila bakal diijabkabulkan dengan gadis pilihan hati, kira-kira jam 10.30 pagi ini.

Gadis bertuah itu merupakan pemenang rancangan realiti Gadis Melayu musim ke-2, Siti Nur Syafiqa Amirol Melvin, 23.

Zainal Abidin, 52, sebelum ini kehilangan isteri, Datin Shazarina Shamsuddin yang

Tuesday, July 3, 2012

Video Khairul Fahmi (Apek) berlakon jadi guard Nepal ...







Rasanya belum ramai yang tahu mengenai video klip pendek yang dilakonkan oleh penjaga gol kebangsaan, Apex. Klip selama 5 minit 8 saat itu dimuat naik semalam dan setakat berita ini ditulis, sudah pun hampir 60,000 kali ditonton. Penulis baru tengok klip bertajuk Semua Boleh Bolt (Part 1) itu. Seperti mana yang tertera dalam tajuknya, klip itu rasanya akan ada bahagian-bahagian seterusnya pada masa akan datang. Selepas menonton, secara jujur dan ikhlas, penulis tak faham apa yang Apex sedang lakukan dalam klip camtu. Siap berlakon jadi jaga Nepal apa semua.

 Sekali imbas muka memang nak sama dah dengan kumpulan itu. Apakah Apex dan teringin sangat hendak terjun ke bidang filem pulak ke? Tak tahulah kalau bahagian seterusnya klip berkenaan akan menjadi menarik, namun setakat klip yang pertama ini, takda sekali pun rasa nak tergelak ke apa.

 Apa pun, biarlah anda yang mungkin belum menontonnya menilai klip berkenaan yang kami letakan di bawah ini.

Tekan Readmore kalau nak tengok video 

Thursday, June 28, 2012

Panas - Jalani cerai Raja Azmi talak satu


RAJA AZMI (kanan) hadir bersama Jalani dan Puteri Suaida (kiri sekali) di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur 

Skandal dan kontroversi tidak lekang dalam hidup penerbit filem, Raja Azmi Raja Sulaiman dan semalam, dia sah diceraikan dengan talak satu oleh bekas

Sunday, June 17, 2012

saya bukan Playboy - Nazmi Faiz Mansor

Malas nak layan gosip


Perkara lepas biarkan berlalu. Saya tak mahu ia mengganggu kerjaya saya yang baru saja bermula. Saya tak nafikan mengenali gadis terbabit, tapi saya bukan playboy.
“Buat masa ini, saya tak mahu layan apa-apa gosip atau kontroversi membabitkan nama saya. Orang boleh kata apa saja, tapi saya tahu kebenarannya,” kata bintang muda bola sepak negara, Muhamad Nazmi Faiz Mansor, 17, mengenai penyebaran beberapa gambar gadis di Internet yang didakwa teman wanitanya.
Carian dan semakan Metro Ahad mendapati sekurang-kurangnya dua gadis dikaitkan dengan pemain itu yang baru saja menandatangani kontrak lumayan dengan kelab divisyen satu Portugal, SC Beira-Mar, baru-baru ini.

Kebanyakan gambar itu membabitkan aksi mesra Nazmi bersama seorang gadis yang dikatakan kekasih barunya dikenali sebagai Tengku F.

Tidak cukup dengan itu, beberapa gambar wanita lain turut dikaitkan dengannya, termasuk seorang dikenali sebagai N, sehingga membuatkan Nazmi digelar ‘playboy’ di kalangan pengkritiknya

MESRA... Nazmi bersama seorang remaja ‘Tengku F’ yang dikatakan kekasihnya.
MESRA... Nazmi bersama seorang remaja ‘Tengku F’ yang dikatakan kekasihnya.



Saturday, June 16, 2012

Gambar Kereta Terbaru Lee Chong Wei | Ferrari F430 (BLG 1)




Beberapa keping gambar tersebar di Internet menunjukkan bahawa pemain badminton perseorangan nombor satu dunia dari Malaysia, Dato Lee Chong Wei baru-baru ini membeli sebuah kereta sport mewah baru iaitu Ferrari F430 berwarna putih. Ferrari F430 ini dikuasakan oleh enjin V8 4.3L dan mempunyai kuasa kuda melebihi 480.

Tekan readmore untuk tengok gambar kereta terbaru Lee Chong Wei

Ferrari F430

Tuesday, June 12, 2012

Kate Middleton hamil

KATE MIDDLETON mengumumkan sedang hamil anak pertamanya bersama Prince William di Jubli Intan Queen Elizabeth, baru-baru ini.

Sebelum ini, timbul desas-desus mengenai kehamilan Kate apabila majalah In Touch Weekly menyiarkan gambar terbarunya yang menampakkan perut yang sedikit buncit.
Kate Middleton bersama Price William
“Pada mulanya kami terfikir mungkin dia kelihatan begitu kerana sedang berjalan dengan gaun ketatnya. Namun, jika dilihat secara dekat dan teliti, kelihatan perutnya seperti mengandung.

“Malah, penampilan Kate juga sedikit berisi dengan keadaan mukanya yang lebih bulat,” kata saksi yang kebetulan terlihat Kate di sekitar London pada 31 Mei lalu.

Menurut laporan majalah terkenal di Hollywood juga, pasangan ini dikatakan sedang membuat persiapan untuk memulakan kehidupan berkeluarga.

“Melihat ramai rakan-rakan mereka yang kini sudah bergelar ibu dan bapa membuatkan mereka terfikir untuk mula bersedia mempunyai anak sendiri,


Sumber Sinar

Wednesday, May 30, 2012

Selebriti hasil rekaan perabot sendiri



DARI kiri: Wong Chui Ling, Jojo Struys, Yuna, Vanidah Imran dan Rashidi Ishak terpilih untuk menghasilkan rekaan perabot dan barang hiasan daripada butik hiasan, Macy.


LIMA selebriti popular tanah air iaitu Yuna, Jojo Struys, Wong Chui Ling dan pasangan suami isteri Vanida Imran serta Rashidi terpilih untuk menghasilkan rekaan perabot dan barangan hiasan dalaman rumah daripada butik hiasan rumah, Macy.
Projek yang dikenali sebagai Inspirasi Selebriti itu mengetengahkan bakat lima selebriti tersebut dalam memberi idea menghasilkan perabot masing-masing.
Yuna telah diberi kepercayaan untuk menghasilkan set bilik tidurnya sendiri manakala Vanida dan Rashidi pula menghasilkan set bilik tidur untuk anak perempuan mereka.
Sementara itu, bagi personaliti TV Jojo dan Chui Ling pula masing-masing memberi idea dan memilih sendiri fabrik untuk rekaan set ruang tamu dan set meja makan.
Menurut Pengurus Besar Macy, Jimmy Koay, selebriti adalah inspirasi kepada masyarakat dan pemilihan mereka adalah bertepatan dengan objektif Macy yang mahukan kelainan dalam setiap produk yang ditawarkan.
"Para selebriti diberi kebebasan untuk memilih jenis perabot, fabrik dan warna mengikut cita rasa masing-masing," ujarnya pada majlis pelancaran projek Inspirasi Selebriti bersama Macy di Pusat Beli-Belah Citta.
Jelasnya, pelanggan yang berminat untuk membeli perabot rekaan kelima-lima artis tersebut boleh berbuat demikian apabila perabot-perabot tersebut dipamerkan di butik Macy kelak.
Tambahnya, sebahagian hasil jualan perabot itu nanti akan disalurkan kepada rumah kebajikan yang terpilih.
"Sewaktu diberi peluang menghasilkan set bilik tidur untuk anak perempuan, kami puas memikirkan corak dan warna yang harus dipilih untuk menghasilkan set katil yang dapat memikat hati pelanggan. Apatah lagi ia dibuat untuk tujuan amal," kata Vanida.
Balas Rashidi pula: "Kami cuba untuk menghasilkan set katil anak perempuan yang tidak hanya menggunakan warna merah jambu semata-mata tetapi diselitkan juga dengan beberapa warna seperti putih dan ungu".
Paling penting jelas Vanida mahupun Rashidi, perabot yang dihasilkan itu adalah tahan lama dan berbaloi untuk dibeli pelanggan.

Sunday, May 27, 2012

‘Saya bukan cucu sultan’

‘Saya bukan cucu sultan’
BUBU...hanya mengaku kerabat diraja
BUBU...hanya mengaku kerabat diraja
KUALA LUMPUR: “Saya tak pernah mengaku saya cucu sultan. Saya cuma beritahu mereka, saya adalah kerabat diraja.”
Demikian penjelasan Raja Mohamad Syazni Raja Mohamad Rashid, 24, yang namanya tiba-tiba menjadi topik hangat di kalangan media Indonesia berikutan hubungan cintanya dengan penyanyi terkenal negara itu, Syahrini atau nama sebenarnya Fatimah Syahrini Zailani, 29. 

Dalam pertemuan dengan Metro Ahad di sini, malam kelmarin, Syazni yang mesra disapa dengan nama Bubu oleh kekasihnya mendakwa, media negara terbabit memutar belitkan kenyataannya ketika dia bersama Syahrini mengadakan sidang akhbar di sebuah hotel di Jakarta pada 13 Mei lalu.

Metro Ahad minggu lalu menyiarkan kenyataan bapa Syazni, Raja Mohamad Rashid Raja Salehuddin yang merestui hubungan anak keempat daripada lima beradik itu dengan Syahrini, selain turut mengesahkan mereka berketurunan kerabat diraja.

Syazni turut ditemani ibunya, Shamim Khanam, 50, dan serta dua kakaknya iaitu Raja Nor Shakerah, 27, dan Raja Nor Zafirah, 26.

SHARE THIS

Blog Archive