Pengikut Boyzzonne

Wednesday, July 4, 2012

5 warga Bangladesh rentung - Lintar Pintas punya pasal


ANGGOTA bomba mengangkat salah satu daripada lima mayat yang rentung dalam kebakaran di Taman Puchong Perdana, Puchong

 Lima sahabat warga Bangladesh menemui ajal dalam keadaan menyayat hati apabila kesemuanya ditemui rentung selepas
rumah teres dua tingkat yang disewa bersama dua lagi rakan mereka terbakar dalam kejadian di Jalan Teratai 5A, Taman Puchong Perdana.
Kejadian pukul 3.25 pagi itu mengakibatkan mangsa yang dikenali sebagai Sarova Baboo, Ruman, Mohd. Basir, Mohd. Farouq dan Abdullah Al-Farhad rentung hampir 90 peratus. Kesemua mangsa berusia antara 24 hingga 27 tahun.
Mohd. Basir dan Mohd. Farouq merupakan adik- beradik dan mereka bekerja sebagai pencuci kereta. Ketika kejadian kesemua mangsa sedang tidur di dalam bilik di tingkat atas.
Dua lagi rakan senegara mereka, M. Drubel, 27, dan Bilal Husin, 29, terselamat dalam kejadian itu tetapi cedera di kaki serta tangan ketika cuba keluar dari rumah tersebut. Mereka pula tidur di bilik tingkat bawah dan ruang tamu.
Abdullah merupakan pelajar di sebuah universiti swasta dalam bidang perhotelan manakala Sarova, Drubel, Bilal dan Ruman bekerja di sebuah kilang berdekatan. Kesemua mereka masuk ke negara ini sejak beberapa tahun lalu.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive