Pengikut Boyzzonne

Friday, July 6, 2012

Angkara cinta isteri orang - Maut dibelasah suami naik hantu


Seorang suami yang ‘naik hantu’ selepas mengesyaki isterinya mempunyai hubungan sulit bertindak nekad apabila membelasah kekasih gelap wanita itu hingga
mati dalam kejadian di pekarangan pejabat Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak (JPHPT) Beaufort .
Kejadian pukul 3.15 petang itu berlaku apabila suspek berusia 55 tahun datang ke pejabat berkenaan sebelum membelasah mangsa yang merupakan kontraktor dikenali sebagai Hasan Tahir, 57, hingga lembik.
Selepas dibelasah, mangsa sempat melarikan diri ke bangunan Giat Mara yang terletak di sebarang jalan sebelum pengsan. Dia disahkan mati ketika dirawat di Hospital Beaufort.
Difahamkan, mangsa mengenali isteri suspek selepas mereka bertemu ketika lelaki itu mempunyai urusan di pejabat wanita itu beberapa tahun lalu. Mangsa telah berkeluarga.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive